in

“Jarum 10cm ditusuk dkt jantung” – Ibu & Bapa Tiri Korbankan Anak Umur 3 Tahun Untuk Ritual Puja Syaitan

ft ritualsetan

Seorang ibu dan bapa tiri tergamak mengorbankan anak berusia 3 tahun dalam satu ritual pemujaan syaitan. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Quitilipi, Argentina dan mangsa telah dicucuk dengan beberapa jarum di bahagian dadanya, berdekatan jantung dan paru-paru.

Kanak-kanak bernama Maia Vallejos itu disahkan meninggal dunia ketika di hospital tempatan akibat jangkitan dalam beberapa organ, sekaligus menyebabkan serangan jantung.

puja3

Ketika proses bedah siasat, sebatang jarum berukuran 10 sentimeter yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut ditemui di bahagian jantung kanak-kanak terbabit. Bukan itu saja, sebatang lagi jarum lama yang dimasukkan ke dalam badannya dikatakan menjadi punca berlakunya jangkitan.

Polis berjaya menangkap ibu kandung mangsa berusia 20 tahun itu bersama-sama dengan bapa tiri mangsa berumur 19 tahun ketika mereka cuba melarikan diri dari tempat mereka diami di pinggir sebuah perkampungan.

puja1

puja4

Hasil siasatan pihak polis, mereka dapati motif pembunuhan kanak-kanak itu berkait dengan aktiviti ritual pemujaan. Pihak pendakwaan juga dilaporkan turut mendedahkan mangsa mengalami radang di bahagian paru-paru dan buah pinggang yang menjadi punca kepada serangan jantung dialaminya.

Baca: “Organ mereka berharga” – Ibu Dari ‘Neraka’ Tergamak Lemaskan Dua Bayinya Gara-gara Nak Jual Organ

FT MATI FINAL

Sumber: The Sun
Sumber: The Sun