Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Baru-baru ini, seorang bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan parah selepas jururawatnya didakwa tidak sengaja tergunting jari kelingkingnya dan menyebabkan ia hampir terputus sepenuhnya di Rumah Sakit Muhammadiyah Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
Suparman, bapa kepada bayi tersebut mengatakan, mereka sekeluarga telah memberi amaran kepada jururawat yang bertugas agar berhati-hati apabila membuka balutan pada tangan anaknya yang diletakkan terapi intravena (IV), namun tidak diendahkan.
Didakwa tak sengaja tergunting?
Pada masa kejadian, jururawat berkenaan mengambil gunting yang bersaiz besar untuk membuka tiub yang berada pada tangan bayi tersebut, namun objek tajam terbabit terkena pada bayi berkenaan sehingga menyebabkan jari kelingking kirinya terpotong dan hampir terputus sepenuhnya.
Suparman bertindak melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis selepas jururawat itu enggan berjumpa dengan mereka sekeluarga. Kes tersebut disiasat mengikut Undang-Undang No.1 Tahun 1946 tentang Pasal 360 KUHP.
“Anak saya dirawat di hospital itu sebab dia demam panas. Saya melaporkan perkara ini untuk meminta jururawat terbabit bertanggungjawab ke atas kecuaiannya,” kata Suparman.
Pihak hospital ambil tindakan
Menurut Timbalan Pengarah Hospital, jururawat terbabit telah digantung kerja buat sementara waktu kerana kecuaian ketika bertugas.
Dalam pada itu, dia turut menegeaskan bahawa pihak hospital akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan yang telah berlaku di jari kelingking bayi tersebut.
“Pasukan doktor hospital telah selesai jalani pembedahan dan kini dia menjalani rawatan rapi di bilik VIP hospital. Pada mulanya pesakit berada di kelas 3 tapi disebabkan kecuaian pekerja kami semua rawatan adalah percuma,” ujarnya.
Sumber: DetikNews
Semoga baby tu cepat sembuh!
Baca : Ibu Beri Bayi 7 Bulan Minum Kopi & Makanan Pedas Demi ‘Gift’ Dalam TikTok Live