in

“Janji RM70, tiba-tiba minta RM350” – Pengguna Dakwa Dikenakan Cas Tak Masuk Akal Naik Bot Di PD

Bot Donut Pd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut pasal Port Dickson, pastinya ramai yang tahu lokasi percutian yang sering menjadi kunjungan ramai tatkala hujung minggu ataupun musim cuti sekolah ini.

Namun, ada cerita yang ‘kurang enak’ berkaitan Port Dickson berlegar di media sosial baru-baru ini apabila ada seorang individu mendakwa dia dikenakan bayaran sebanyak RM350 untuk menaiki bot donut di salah sebuah pantai di sana.


Difahamkan, kejadian berlaku di Pantai Cahaya Negeri dan menurut perkongsian di Facebook berkenaan, pengguna tersebut meluahkan kekecewaannya susulan kejadian yang menimpanya itu.

84219378 10218343809899684 6712893463987224576 N

Menurut pengadu, dia berasa tertipu apabila bayaran yang dijanjikan pada awalnya iaitu sebanyak RM70 untuk ronda-ronda di pantai menjadi RM350 sebaik sahaja dia dan keluarga selesai aktiviti rondaan di pantai berkenaan.

“Janji mula-mula naik cuma RM70 satu bot, lepas selesai dia minta RM350”

Menjelaskan perkara tersebut lebih lanjut, harga berkenaan menurutnya tidak munasabah dan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan selain hantarannya di Facebook menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Cats 6

Sementara itu, Pengaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan menyarankan bahawa individu berkenaan tampil membuat aduan kepada KPDN melalu laman web atau talian hotline.

Tambahnya lagi, KPDN akan membuat siasatan atas aduan setelah ianya lengkap diterima dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu.

Pun begitu, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil, pengadu perlu melengkapkan aduan dengan maklumat serta dokumen yang diperlukan dalam sistem e-aduan berkenaan dan kegagalan melengkapkan aduan berkenaan menyebabkan tindakan sukar untuk diambil.

Menurut Zahir, siasatan KPDN akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Seksyen 14 Akta Perihal Dagangan 2011.

Baca : “Caj RM5 untuk kebersihan” – MPPD Jawab Isu Tular Bayaran Bentang Tikar

Caj Kebersihan Mppd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.