in

Janji Nak Beri Rolls-Royce & Duit RM1 Juta, Wanita Kena Tipu Dengan Lelaki Menyamar Jadi ‘Menteri Kewangan’

Kena Scam Lelaki Menyamar Menteri Kewangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah banyak kali kita mendengar kisah sedih para wanita dek kerana cinta telah ditipu lelaki di atas talian hingga berhabis ribuan ringgit.

Namun kes kali ini agak mengejutkan apabila seorang guru tadika berusia 59 tahun kerugian RM4,200 gara-gara diperdaya seorang lelaki yang menyamar menjadi Menteri Kewangan.


Tengku Zafrul 11062020

Menurut Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berasal dari Kemayan itu telah berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini.

 

Guna nama FB Tengku Zafrul 

Wanita itu dikatakan ditipu selepas suspek menggunakan Facebook dengan nama Tengku Zafrul dan memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

Suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

“Suspek berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya,” kata Mohd Wazir dalam satu kenyataan.

Suspek kemudian telah meminta mangsa berurusan dengan seorang individu bernama Siti menerusi WhatsApp yang didakwa sebagai pengurus bank Tengku Zafrul.

Selepas itu, mangsa diminta untuk membayar yuran pemprosesan untuk berkahwin dengan suspek. Uish nak kahwin pun kena bayar yuran? 

Kos Kasanovafb7344

Mangsa kemudian dikatakan telah membuat bayaran sebanyak RM4,200 melalui mesin deposit pada 10 Disember di Temerloh.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan kerana tidak berpuas hati suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya selain bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya di kemudian hari,” ujarnya.

Harap-harap wanita di luar sana jangan mudah terpedaya dengan scam jenis ni. Tak pasal-pasal melayang duit. Aduhai… 

Baca: Hati-Hati Dengan Scammer, Mula ‘Buat Kerja’ Dalam Grup Telegram Kolej

Scam

Sumber: Malay Mail
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.