Nama Aliff Aziz dan Bella Astillah menjadi sebutan ramai sejak semalam susulan sebutan kes perceraian mereka berdua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bella berkenaan kes ini adalah dia meletakkan perakam suara di dalam kereta bagi mengumpul bukti kecurangan suaminya itu.
Artikel berkaitan: “Kalau sayang kenapa buka aib” – Bella Astillah Tak Sangka Aliff Enggan Lafaz Cerai, Akui Penat
Artikel berkaitan: “Masih sayang…” – Aliff Aziz Tidak Setuju Cerai Bella Astillah?
Peguam kepada Bella, Wan Azliana Wan Adnan berkata perakam suara boleh digunakan untuk membuktikan suami nusyuz, curang atau gagal bertanggungjawab sebagai suami di mahkamah.
“Di mahkamah, sekadar beri keterangan suami curang, suami tidak bertanggungjawab memang tidak cukup.
Perlukan bukti, beberapa saksi untuk menyokong dakwaan isteri mengenai dakwaan curang.
Isteri boleh mengemukakan dokumen seperti gambar, surat, rakaman CCTV (kamera litar tertutup), rakaman suara memang bagus kalau ada dan menguatkan lagi kes di mahkamah,” katanya.
Beliau juga berkata jika suami itu sudah kantoi bermain kayu tiga lebih 10 kali, memang ianya satu tindakan yang wajar untuk mendapatkan hak sebagai seorang isteri.
“Janganlah tuduh Bella buka aib suami. Akhirnya dia bersuara untuk mempertahankan maruah diri sebagai isteri selepas dimalukan berkali-kali dengan isu suami curang dan ditangkap khalwat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, jika seorang isteri sudah ‘menghidu’ suaminya curang, menggunakan perakam atau alat navigasi peta GPS boleh digunakan untuk mendapatkan bukti tetapi tidak sehingga menyalahi undang-undang seperti menceroboh.
Sumber: Buletin TV3