Kasih ibu membawa ke syurga, buat yang sudah kehilangan ibu pastinya ia sesuatu yang sangat berat dan sanggup lakukan apa sahaja agar kerinduan itu terubat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita berkongsi dia terjumpa dengan seorang mak cik persis wajah arwah ibunya.
Artikel berkaitan: Pekerja Pembersihan Dipuji Jujur, Pulangkan Duit Yang Dijumpai Dalam Rumah Arwah Ibu Owner Lepas 5 Tahun Terbiar
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Mengidam Karipap Penjara, Sebak Bila Akhirnya Dapat Selepas 3 Hari
Rancangan bual bicara terkenal, Malaysia Hari Ini membuat kejutan kepada wanita tersebut dengan membawa mak cik itu ke set dan mempertemukan mereka berdua.
@affxqsham
Dalam video pendek itu, dapat dilihat riak wajah wanita itu yang sangat hiba dan seakan dapat melepaskan kerinduan kepada arwah ibunya dengan memeluk serta mencium mak cik itu.
Malah, kakak kepada wanita itu turut tidak melepaskan peluang untuk memeluk mak cik yang dibawa oleh menantunya ke set rancangan itu.
“Jatuh air mata jantan”
Video itu membuatkan ramai yang menitiskan air mata termasuklah pengacara rancangan itu, Hidayah Bakar.
Ruangan komen video itu dipenuhi dengan kata-kata sebak serta ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka kehilangan ibunda tercinta.
Min pun takleh nak tahan air mata ye…
Sumber: TikTok