in

“Jangan timbulkan tuduhan” – Tular Video Lakaran ‘Penyihir’, Ustaz Kazim Elias Minta Jangan Sebarkan

Tiktokduke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sihir dari segi istilah bermaksud satu perbuatan menyakiti badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus.


Selain itu, ia biasa dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

Untitled Design 2022 06 07T153903.209

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias memberitahu nasib malangnya apabila dia telah mengesahkan dirinya terkena sihir dan buatan orang.

Perkara itu amat menggemparkan dan ramai yang mendoakan kesejahteraan pendakwah serta pengasas sekolah tahfiz itu.

Lebih memeranjatkan lagi, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang ‘pawang’ yang dikenali sebagai Neo Pawang Diraja apabila dia berkongsi lakaran jelmaan yang dihantar lalu  menganggu Ustaz Kazim Elias.

Untitled Design 2022 06 07T153303.396

Bagaimanapun menurut laporan Kosmo!, selain menolak kesahihan perkara itu, Ustaz Kazim telah memesan dan mengeluarkan kenyataan agar berhenti untuk berkongsi dan menyebarkan video tersebut. Malah, dia juga meminta pawang tersebut untuk memadam video itu.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali,” jelasnya.

Selepas kenyataan itu, pawang itu telah memadamkan video tersebut seperti yang diminta oleh Ustaz Kazim Elias, dia juga melakukan pemohonan maaf kepada pendakwah tersebut. Selain itu, dia juga memberitahu dia tidak memaafkan sesiapa yang telah mencaci dan menghina dirinya.

@official_neopawangdiraja

Sy Hormati permohonan Ustad Kazim Ilyas,”Semoga Ustad Di Beri Kesembuhan” #UKE #neopawangdiraja #fyeシ #fyeeeeeeeeeepppppp #Fyp #foryou #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – NeoPawangDiraja – NeoPawangDiraja

Jangan sebarkan perkara ini ye, hormat permintaan Ustaz Kazim Elias

Baca: Lelaki Ini Dedah Ada 4 Individu Sihir Ustaz Kazim, Suspek Guna Rambut & Tisu Peluh Mangsa?

Untitled Design 2022 06 07T153538.830

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.