Sebelum ini kita saksikan keadaan negara Itali hampir lengang disebabkan rakyat di sana menjalani perintah berkurung bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Baru-baru ini Itali dikhabarkan kembali sesak selepas perintah berkurung di negara itu ditarik semula, lapor Daily Mail.
Keadaan sesak itu berpunca bila semua rakyat dilaporkan sudah kembali bekerja, dan terdapat segelintir rakyat yang ambil keputusan untuk berjumpa dengan saudara-mara.
Susulan itu, restoran juga dibenarkan beroperasi semula tetapi hanya boleh menyediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengatakan bahawa penduduk Itali dibenarkan untuk melawat saudara-mara mereka namun hanya yang berdekatan sahaja.
Walaupun keadaan sesak , pihak kerajaan mereka akan terus menguatkuasakan garis panduan penjarakan sosial. Malah, rakyat Itali diminta untuk membawa surat yang menyatakan mengapa mereka keluar dari rumah.
Pemakaian topeng adalah wajib semasa mereka berada di luar rumah.
Berikut adalah gambar sebelum dan selepas mereka menghadapi ‘Lockdown’.
Venice

Di St Mark’s Square kita dapat saksikan sudah ramai orang mengunjungi kawasan tersebut dan dikatakan aktiviti perniagaan juga kembali beroperasi seperti biasa.
Milan

Pengangkutan awam seperti kereta api kini sibuk selepas orang ramai dijangka kembali bekerja.
Difahamkan, Itali masih ada kes kematian wabak COVID-19 yang sehingga kini hampir 29,000 kes dilaporkan. Manakala, lebih 210,000 orang telah dijangkiti.
Kini mereka mengalami nasib sama dengan kita, walaupun di mana kita berada mesti wajib sertakan surat pelepasan.
 
					 Hafizul MohdNoor
							Hafizul MohdNoor
					
