Tidak dapat dinafikan, menjaga anak itu bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai anak kecil yang bermacam ragam.
Baru-baru ini, tular sebuah video perkongsian @papayen91 di TikTok yang memaparkan keadaan di sebuah restoran menjadi bising kerana seorang kanak-kanak menjerit dengan sangat kuat sehingga mengganggu pelanggan lain.
@papayen91 Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa? Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that
“Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa?
Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video tersebut, kedengaran teriakan kanak-kanak itu dengan sangat kuat, difahamkan ramai pelanggan yang tidak selesa dengan perkara itu dan memutuskan untuk beredar dari restoran tersebut.
Malah, ada pelanggan yang rekod dan mainkan semula rakaman kanak-kanak itu menjerit namun ibu bapanya masih buat tak endah.
“Kau belum ada anak, kau tak faham”
Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang tidak puas hati dengan situasi tersebut, ramai yang merasakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan seharusnya lebih cakna dengan persekitaran.
Ada juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman hampir sama dan apa langkah yang sepatutnya dilakukan.
Tengok orang sekeliling ya parents…
Baca: Wanita Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Buat Bising Di Restoran, Tak Hirau Pelanggan Lain