in

“Jangan sedih, fans awak ada di sini” – Muat Naik Foto Menangis, Fans Risau Lee Min Ho Bakal Ikuti Jejak Rakan Artis Bunuh Diri

lee min ho sedih

Foto terbaru yang dimuat naik di Instagram pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho telah menimbulkan kerisauan di hati peminatnya apabila lelaki terbabit dilihat seakan-akan sedang menangis.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama The King: Eternal Monarch ini kelihatan menikmati sunset di tepi pantai namun dalam pada masa yang sama seperti sedang sedih dan menangis. 

Apa yang lebih mencurigakan ialah pelakon ini memuat naik gambar tersebut tanpa sebarang kapsyen yang menjelaskan apa yang sedang berlaku.

https://www.instagram.com/p/CEHR0T4Ji4c/?igshid=1brr9nyuhqwoj

 

“Oppa you look so sad, what’s wrong with you” – Netizen

Foto tersebut kemudian mendapat perhatian peminat Lee Min Ho yang risau akan keadaan pelakon kesayangan mereka.

Dengan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan artis Korea semenjak dua menjak ini, fans takut pelakon lelaki tersebut akan mengikuti jejak rakan-rakannya yang lain. Aduh… 

stay strong LMH

Dalam pada itu, baru-baru ini, agensi pengurusan pelakon Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment telah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang meninggalkan komen negatif terhadap pelakon di bawah naungan mereka.

Pihak pengurusan itu juga telah melantik firma guaman yang sedang dalam proses untuk mengumpul segala bukti yang akan dibawa ke mahkamah.

Apapun masalah yang kita hadapi, bunuh diri bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Baca: “Tragedi sadis” – Keluarga Dedah ‘Permintaan Terakhir’ Goo Hara Sebelum Ditemui Mati

goo hara