in

“Jangan salahkan Misha, salahkan saya” – Naqiu Mohon Maaf Aksi ‘Melampau’ Ketika Persembahan GV

Naqiu Misha Omar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara rancangan yang ditunggu-tunggu setiap hujung minggu ialah Gegar Vaganza, musim kali ini rancangan realiti nyanyian itu memaparkan peserta-peserta yang terdiri daripada juara-juara musim sebelum ini serta beberapa peserta hot seat.

Ahad lalu, kesemua peserta ditugaskan untuk bernyanyi secara duet dengan penyanyi-penyanyi tempatan.


Artikel berkaitan: “Balalah kepada kau” – Dah Lama Sabar Kena Caci, Aishah GV Bagi Amaran Kepada Diva AA

Artikel berkaitan: “Syombong hebat kasi turun sikit” – Produksi ASGV Tak Pasti Elly Mazlein Sindir Dekat Siapa

Naqiu yang merupakan vokalis kumpulan Boboy, ditugaskan untuk menyanyi lagu Aku dan Dirimu bersama penyanyi hebat iaitu Misha Omar.

Namun, persembahannya itu menarik perhatian ramai dan mengundang kecaman ramai kerana dia dikatakan tidak menjaga batas dengan penyanyi lagu Bunga-bunga Cinta itu dan membuat persembahan yang kelihatan ‘melampau’.

@xtra_my

Naqiu pun dah minta maaf & jadikan pengajaran, kita move on lah okay! #fyp #xtramy #beritaditiktok #selebriti #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pun begitu, Naqiu telah pun membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya itu dan meletakkan segala kesalahan tersebut di atas bahunya.

“Saya memohon maaf dan bertanggungjawab dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Insya-Allah, saya akan pastikan perkara sama tidak akan berulang lagi.

Apa yang saya lakukan semasa persembahan adalah perkara sensitif yang tidak sepatutnya berlaku. Tolong jangan salahkan rakan duet saya (Misha Omar) dan pasukan saya. Saya letakkan kesalahan terhadap diri sendiri,” katanya.

Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd. Najib, berkata aksi berpelukan dan berpegang tangan itu adalah spontan dan tidak dirancang sama sekali.

Selain itu, Naqiu yang juga seorang suami dan bapa kepada enam cahaya mata itu berkata isterinya tiada masalah dengan persembahannya itu namun meminta dia untuk bersedia dengan kecaman netizen.

Korang tengok ke persembahan Naqiu? 

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.