Zaman sekarang ni hampir semua benda dan setiap tingkah laku akan dimuatnaik di media sosial. Kebanyakan daripada mereka memang suka berkongsi rutin harian, hobi serta tips berguna untuk dimanfaatkan warganet. Korang suka share berkenaan apa?
Namun, ada perkara yang boleh dikongsi dan ada juga perkara yang lebih elok disimpan untuk menghormati dan menjaga sensitiviti terutama sekali sesuatu yang melibatkan istana. Baru-baru ini, kecoh di TikTok seorang lelaki berkongsi tentang hadiah kurniaan dari Istana Johor, Istana Bukit Serene.
Menurut Kosmo!, Permaisuri Johor iaitu Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah yang sebarang kurniaan dari istana Johor tak sepatutnya disalahgunakan untuk meraih populariti di media sosial.
Raja Zarith bertitah demikian merujuk kepada pemilik akaun bernama ‘Shafeqyahya’ di TikTok yang telah menayangkan hadiah kurniaan istana seperti pen, peti emas dan samping raya. Titah Raja Zarith, Baginda tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.
“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas diatas perkhidmatan mereka”
“Saya mengesyaki hadiah itu disalahgunakan untuk meraih ikutan di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan rapat dengan Keluarga DiRaja Johor” – Permaisuri Johor
Titahnya lagi, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.
Selepas ini, kita kena fikir 2 ke 3 kali dulu sebelum muatnaik sebarang content di media sosial!
Baca: “Isteri Ingat Bakal Diceraikan, Rupa-rupanya Suami Buat Kejutan Beli Istana Lama”