Penyanyi dan selebriti media sosial terkenal, Ina Naim kini dilihat semakin ‘rancak’ berniaga di media sosial, lebih-lebih lagi selepas dia selamat diijab kabul dengan pilihan hatinya, Khairul Rizal.
Terbaru, Ina menerusi laman TikTok miliknya memuat naik sebuah video bersama suaminya dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.
Artikel berkaitan: “Nafkah batin yang penting” – Ditanya Dapat Berapa Nafkah, Ini Jawapan Padu Dari Ina Naim
Artikel berkaitan: “Dia takut wartawan kejar” – Ina Naim Sangkal Dakwaan Anak Tak Restui Perkahwinan
Menerusi kapsyen video tersebut, Ina seolah-olah memberitahu bahawa Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim bakal berkolaborasi dengan jenama D’Herbs milik Datuk Aliff Syukri.
@inasuhaimi78 Nantikan kak ina dan abg Khairul di tiktok @papalarisofficial
“Nantikan kak ina dan abg Khairul di tiktok @papalarisofficial,” tulisnya.
Ruangan komen video tersebut meriah dengan kata-kata netizen, meskipun ramai yang memuji kecantikan Ina dalam video tersebut namun ramai juga yang berharap agar Aliff Syukri tidak mengubah dan menjaga karakternya yang sopan itu.
Pun begitu, ramai juga netizen yang merasakan mungkin itu merupakan salah satu cara untuk Ina mencari rezeki buat keluarganya.
Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Ina dan suami barunya itu sentiasa dalam kebahagiaan.
Tapi Ina memang makin lawa ye!
Sumber: TikTok