Sejak semalam, tular berkenaan isu tiga orang penyampai radio Era FM iaitu Azad Jasmin, Radin dan Nabil Ahmad yang didakwa mempersenda agama Hindu.
Isu ini telah mendapat perhatian PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menteri terbabit yang seterusnya membawa kepada pihak SKMM menyerahkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Era FM semalam.
Susulan itu, penyampai-penyampai radio yang terbabit dengan isu ini ternyata berada dalam situasi yang amat tegang dengan apa yang terjadi.
Artikel berkaitan: “Apa yang hangpa buat 100% salah, tapi…” – Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Sokongan Buat 3 Penyampai Radio Era
Artikel berkaitan: Didakwa Buat Aksi Tidak Sopan & Persenda Masyarakat Hindu, Penyampai Era FM Mohon Maaf
Zira Ayub titip kata semangat pada suami
Isteri kepada salah seorang penyampai radio yang terbabit iaitu Nazirah Ayub, telah memuat naik posting di Instagram meluahkan perasaannya atas apa yang menimpa suami, Nabil Ahmad.
Menerusi posting itu, Zira telah memberikan kata-kata semangat kepada Nabil dengan memintanya untuk tidak susah hati kerana semuanya akan baik-baik sahaja.
Malah dia juga menganggap perkara yang berlaku ini adalah peringatan Allah kepada mereka untuk sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan.
View this post on Instagram
Ayah (panggilan kepada Nabil), jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja. Ambil perkara ini sebagai peringatan yang Allah mahu kita untuk sentiasa mengingati Dia, dalam keadaan senang mahupun susah.
“Kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak. Awak seorang yang penyayang, prihatin dan contoh ayah yang baik. Saya akan jadi peminat nombor satu awak selamanya.
“Mereka mungkin cakap buruk tentang awak, tapi saya kenal awak lebih daripada apa yang mereka tahu,” tulisnya.
Posting tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang juga menitipkan kata-kata semangat buat Nabil supaya tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Apa-apapun kita tunggu sajalah hasil siasatan daripada pihak polis. Kita ambil iktibar daripada apa yang terjadi.
Sumber: Instagram