in

“Jangan meludah ke langit…” – [VIDEO] Isu Konsert Blackpink, PU Syed Bantah Pendapat Nabila Huda

pu syed konsert black pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon terkenal tempatan Nabila Huda ada mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter miliknya, di mana dia berkata mereka yang ingin membuat protes untuk penganjuran konsert artis antarabangsa dianggap tidak matang.

Walaupun pendapatnya itu dipersetujui oleh ramai netizen, tetapi ia juga telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak dan pendakwah itu membidas kenyataan pelakon filem Munafik itu.


https://www.tiktok.com/@pu_syed/video/7137078176299093274?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133405703553418753

Perkongsian yang dimuatnaik oleh PU Syed dalam laman TikTok miliknya itu menyatakan bahawa kematangan seseorang boleh diukur berdasarkan kefahaman mereka kepada perintah dan juga larangan Allah.

Pendakwah itu juga menyatakan protes yang ingin dilakukan itu bukan menunjukkan ketidak matangan malah kematangan seseorang itu dapat dilihat apabila dia mampu membezakan perkara yang baik dan buruk menurut agama Islam.

“Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.

Hidup kita bukan lakonan, hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah dan ada perintah-Nya yang perlu kita laksanakan.

Ada larangannya yang perlu kita tinggalkan. Maka muhasabah diri Puan Nabila. Jangan meludah ke langit, takut merecik ke muka sendiri,” katanya.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Baca: “Immaturenya” – Nak Protes Kalau Tak Batal Konsert ‘International’, Ini Komen Nabila Huda

Collage 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.