Lepas umumkan dia menghadapi kemurungan atau depression, Ustaz Aiman Bana bukan mendapat simpati netizen tapi terus dikecam tanpa henti.
Dan kali ni, tulisannya di Instagram tu pula ditegur oleh banyak pihak termasuk seorang netizen bukan Muslim ini.
Seorang pendakwah harus memberi inspirasi
Pengguna bernama Brian ini berkata walaupun dia bukan seorang Muslim tapi dia mempunyai pemahaman secukupnya mengenai agama Islam sebagai sebuah agama yang aman.
Jadi bila dia dapat tau Ustaz Aiman seorang pendakwah, mestilah dia suka sebab ada pendakwah guna platform media sosial untuk sebarkan perkara positif.
Tapi bila Ustaz sebagai seorang pendakwah yang sepatutnya memberikan inspirasi dan kongsikan pengajaran berguna kata ‘kehodohan alam’ pada orang, teruslah Brian ni geram.
Bukan kritikan berbaur hinaan pada ciptaan Tuhan
Sebab padanya, Ustaz yang turut digelar Ustaz Minho oleh netizen ni seolah-olah menghina ciptaan Tuhan bila kata macam tu.
Yelah, dah elok-elok Tuhan cipta dia pulak nak kritik macam tu.
Bagi Brian, mungkin juga orang yang letak sticker pada muka tu terlalu cantik atau takut rupanya diperkatakan.
Ibarat orang memakai niqab, sama ada nak elakkan rupanya diperhatikan orang lain atau nak sembunyikan ketidaksempurnaan rupa mereka.
Patut motivasikan orang kalau betul didiagnos kemurungan
Depression atau kemurungan adalah satu penyakit yang bukan boleh dibuat main-main.
Kalau betul dia pun ada depression, sepatutnya Ustaz Aiman faham untuk buat orang lebih gembira menerusi kata-kata motivasi supaya mereka lebih ceria, bukannya kutuk orang.
Brian pun sempat nasihatkan Ustaz Aiman supaya bertaubat dan perbetulkan balik kesilapannya.
Haih, tak tahulah nak cakap macam mana lagi.
Mungkin lepas ni masing-masing kena berfikir panjanglah dulu sebelum kata apa-apa. Tak manis bila orang bukan Muslim dah tegur macam ni pulak pada seorang pendakwah.
Baca: “Selamat tinggal netizen’ – Hadapi Kemurungan Teruk, Aiman Bana Nak Batalkan Semua Ceramah