Semalam, tular gambar yang menunjukkan dua lelaki warga asing memakai gelang merah jambu sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan dekat ibu kota.
Susulan viralnya gambar tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dengan pantas memuat naik penjelasannya di Facebook.
Beliau yang meminta netizen membaca dulu penjelasannya sebelum meninggalkan sebarang komen berkata, dua pekerja asing dipakaikan gelang merah jambu tersebut bagi mengelakkan mereka keluar dari tapak pembinaan selepas ujian saringan dijalankan.
Menurutnya lagi, lelaki terbabit adalah antara 264 pekerja tapak binaan yang disaring Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3844570675566792/?d=n
“Mereka berada di dalam kawasan tapak pembinaan dan dipakaikan gelang kerana warga asing untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak pembinaan.
“Namun, mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina kerana ianya saringan awam dan bukan saringan kontak rapat,” katanya.
Tambahnya lagi, pemaju juga telah meminta untuk memastikan semua yang disaring untuk berada dalam kawasan tapak bina.
Selain itu, dua pengawal keselamatan juga diletakkan di pintu masuk tapak bina dan pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju juga melakukan pemantuan di sana setiap hari.
Dr Noor Hisham juga menegaskan yang pemaju dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi dan pada Jumaat serta Ahad lalu pemaju juga telah memberhentikan operasi pembinaan buat sementara waktu bagi kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh pada Ahad lalu.
“Hasil saringan terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina dan menetap di luar tapak bina. Terdapat kontak rapat seramai lapan orang kini dikuarantin selama 14 hari sehingga Jumaat ini,” katanya lagi.
Fuh nasib baik DG Hisham explain. Kalau tak, mesti dah tersebar berita palsu ni.