in

“Jangan kata netizen, ejen pun melenting” – Perli Tukar Duit Raya, Ejen Takaful ‘Sound’ Balik Geng Sendiri

Ft Ejen Takaful Sekolahkan Ejen Lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Taktik seorang ejen takaful menggunakan ayat ‘makan dalam’ untuk ‘sekolahkan’ orang ramai mengundang padah apabila ianya menjadi perhatian netizen dan dikecam hebat.

Bukan sahaja warganet, sindiran dan perlian ejen tersebut mengenai tukar duit dengan ambil takaful itu ternyata membuatkan ejen lain juga kurang senang apabila membacanya.


Oleh sebab itu, ejen lain yang dikenali sebagai Adzren Adnan tampil untuk ‘tarbiahkan’ semula ejen tersebut.

 

“Tak habis lagi ke content-content gini…”

Menurut Adzren Adnan, setiap ejen perlu proofread dahulu jika ingin membuat sebarang hantaran berkenaan dengan promosi takaful. Katanya lagi, terdapat 2 aspek yang perlu diambil kira.

“Pertama,
“The world doesn’t revolved around you”

Di saat kita rasa ‘copywriting’ kita sudah cukup mantap, kita terlupa untuk ambil kisah tentang mereka yang bakal jadi pembaca.

Ayat jualan/memujuk/promosi/memukau ini memerlukan “proofread” dari mereka yang bukan dalam bidang kita supaya bila di uar-uar kepada umum, tidak akan ada hati yang terguris dek kerana ayat toreh sindiran perli tajam tersebut.”

279078848 8153514724674081 6291088240939571973 N

Kata Adzren, memang tidak relevan jika ingin menunjukkan ayat ini kepada sesama ejen kerana ia mungkin dilihat ‘gempak’ di mata mereka tetapi bukan di mata umum.

“Masyarakat kita sudah muak dihidangkan dengan kisah tuntutan yang dibuat susah nak dapat, ejen yang menipu dan kejar komisen, sakit yang dijanji cover tiba-tiba tak cover, dan banyak lagi perkara yang sebenarnya ada jawapan cuma masyarakat pilih untuk anggap Takaful ini satu penipuan.

Kenapa Ejen Takaful sebegini nak tambah lagi skeptikal di mata masyarakat dengan bikin ‘copywriting’ sentap yang kononnya boleh mendapat pujian “Ayat awak memang mantap”?”

Tegasnya, tidak dinafikan penggunaan ayat-ayat kreatif untuk dihidangkan kepada prospek itu bagus namun jika ia ke arah negativiti atau tiada sensitiviti, ia agak keterlaluan.

 

“Jangan kata netizen, ejen pun melenting. Ini perbandingan jenis apa ni?”

Aspek kedua yang perlu ditekan kan adalah konsep “apples to apples comparison” dimana perkara yang ingin dibuat perbandingan perlulah selari dengan sesuatu perkara yang ingin kita pujuk.

Bagi Adzren, perbandingan antara tukar duit raya dengan ambil takaful itu sangat tak relevan. dan memandangkan dirinya juga seorang ejen, Adzren sendiri akui bahawa dia pun rasa berang apabila membaca ayat tersebut.

“Ejen Takaful cukup tak gemar kalau prospek yang kita jumpa asyik nak ‘compare’ quotation, ‘compare’ harga, ‘compare’ benefit, macam-macam ‘compare’. Segala macam ayat akan dikeluarkan untuk mendidik prospek ‘compare’ ni bukan satu perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pengambilan Takaful.

Tapi, bila baca kenyataan yang membandingkan antara hibah dan tukaran duit raya, jangan kata netizen, ejen pun melenting. Ini perbandingan jenis apa ni?.

@papayen91

Janga berani buat! #takafultv #dramatakaful #papayen #DRamadanTakaful #gengtiktokninja #tiktokguru #LearnOnTikTok #JomBelajar

♬ original sound – PAPAYEN – PAPAYEN

Tegas Adzren lagi, sesi tukar duit raya ini bukanlah dilakukan setiap bulan, malah jumlah RM100 yang dilihat seperti kecil sebagaimana dakwaan ejen tersebut merupakan jumlah besar buat segelintir individu.

Kalau macam tu, saya cabar ejen ni buat promosi begini “Ambil Takaful hibah dengan saya, bayar cuma RM100 sahaja SETAHUN dengan nilai hibah RM350,000″. Boleh?”

https://www.facebook.com/100000469031586/posts/8153518708007016/?d=n

Nasihat Adzren atau lebih mesra dengan gelaran Papayen di TikTok ini, daripada asyik nak cari ayat sentap dengan buat perbandingan atau sindiran, seeloknya berganding bahu untuk mula memberi kesedaran.

Baca : “Agak2lah marketing pun” – Gara-gara Kaitkan Tukar Duit Raya Dengan Takaful, Ejen Insurans Dikecam

Page Takaful

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.