Secara stereotipikalnya, kaum Hawa sinonim dikaitkan dengan sikap lemah-lembut dan penyayang.
Namun begitu, ia tak bermakna kaum wanita ini lemah dan lima orang wanita dalam senarai hari ini membuktikan bahawa wanita juga boleh berubah menjadi pembunuh bersiri yang kejam lagi menakutkan.
Jom kita baca kisah lima orang pembunuh bersiri wanita paling kejam dalam sejarah.
1. Amelia Dyer
Sekitar tahun 1800-an, Amelia Dyer menjadikan job baby farmer sebagai punca utama pendapatan hidupnya.
Untuk pengetahuan korang, baby farmer ini kebiasaannya adalah bidan ataupun mana-mana individu yang rela untuk menjaga anak kepada ibu-ibu yang belum berkahwin atau dalam kata lainnya, anak luar nikah. Bergantung pada kesihatan anak itu atau pembabitan si bapa dalam menjaga kebajikannya, harga untuk baby farmer mengambil seorang anak sebagai anak angkat mampu mencecah sehingga £80 (sekitar RM36,000 setakat tahun 2017)
Pun begitu, Dyer difahamkan mengabaikan kebajikan anak-anak terbabit, sengaja memberi mereka dos dadah jenis opiod secara berlebihan dan menyembunyikan mayat mereka. Jenayah yang dilakukan Dyer ini hanya dikesan pihak berkuasa 30 tahun kemudian. Ketika Dyer akhirnya diberkas, dia dianggarkan sudah membunuh lebih kurang 400 kanak-kanak.
2. Juana Barraza
Turut dikenali dengan gelaran La Mataviejitas (Pembunuh wanita tua), Barraza merupakan seorang ahli gusti profesional pada siang hari dan merupakan seorang pembunuh bersiri pada waktu malam.
Selepas penemuan beberapa mayat wanita tua yang kebanyakannya dicekik atau dipukul dengan objek tumpul, Barraza akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 759 tahun.
Kebencian Barraza pada wanita tua difahamkan bermula ketika dia masih remaja apabila ibunya menjualnya kepada seorang lelaki dengan harga tiga botol bir. Selama lima tahun, Barraza dirogol berkali-kali oleh lelaki berkenaan sehingga dia keguguran dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akhirnya diselamatkan seorang bapa saudara yang mula sangsi dengan cerita ibu Barraza yang mengatakan dia melarikan diri dengan rela mengikut perogolnya.
3. Nannie Doss
Digelar Giggling Granny kerana sering ketawa setiap kali dia menceritakan kisah bagaimana dia membunuh empat daripada lima orang suaminya dengan meletakkan racun arsenik dalam makanan atau minuman mereka. Ada juga yang syak, Doss juga membunuh beberapa ahli keluarganya tapi Doss tak mengaku.
Apabila disoal mengenai motif, Doss berkata, dia hanya mahu mencari pasangan hidup yang sempurna. Doss meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 1965 akibat leukemia.
4. Beverly Allitt
Allitt merupakan seorang pembunuh bersiri yang menjadikan bayi dan kanak-kanak sebagai mangsanya. Dikenali dengan nama gelaran Angel of Death, Allitt mempunyai masalah penyakit mental dimana dia berisiko tinggi akan mencederekan dirinya sendiri berdasarkan laporan kesihatannya pada tahun 1985.
Sering tak hadir ke kelas kerana masalah mentalnya, Allitt merupakan satu-satunya pelajar kejururawatan yang gagal mendapat kerja. Pun begitu, disebabkan kekurangan pekerja, dia diambil bekerja pada Disember 1990 di Grantham & Kesteven Hospital walaupun tidak mempunyai kepakaran yang cukup.
Pada tahun 1991, ketika berusia 22 tahun, Allitt yang bertugas di Ward 4 dimana kanak-kanak diletakkan mula membunuh pesakit-pesakit muda dengan cara menyuntik insulin atau potassium secara berlebihan atau menyuntik bebola angin ke dalam saluran darah.
Allitt akhirnya didiagnos dengan penyakit Muchausen syndrome by proxy, sejenis penyakit mental dimana penjaga kanak-kanak bawah umur akan sengaja membuatkan anak dibawah jagaan sakit untuk menarik perhatian pada diri sendiri.
Allitt didapati bersalah membunuh 13 bayi dan kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara pada 28 Mei 1993.
5. Rosemary West
Bersama suaminya, Fred, pembunuhan bersiri yang dilakukan Rosemary bermula apabila dia hilang sabar dengan kerenah anak tirinya, Charmaine West dan memukul mangsa yang berusia lapan tahun hingga mati. Mayatnya kemudian disorokkan dibawah porch rumah.
Sejak itu, Rosemary dan suaminya akan bekerjasama mengumpan, menyiksa dan mendera wanita secara seksual sebelum membunuh dan mengerat mayat mereka. Pasangan terbabit ditahan pada tahun 1994 dan Rosemary kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Manakala, Fred pula dilaporkan sudah membunuh dirinya.
Sumber: ATI, History of Yesterday