Beberapa minggu lalu, kecoh apabila penyanyi era 90-an yang juga bapa kepada penyanyi pop Shila Amzah dikatakan curang dengan isterinya, Fauziah Sarman.
Pada 3 April lalu, Fauziah didakwa telah memfailkan perceraian dengan suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Namun, Syada Amzah yang merupakan anak bongsu pasangan tersebut menafikan perkara itu dan dia turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
“Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.
Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Setahu sejak dari tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak menfailkan perceraian,” katanya.
Menerusi Harian Metro, Syada bagaimanapun enggan memberitahu dengan terperinci apa tujuan ibunya ke mahkamah ketika itu.
Sebagai info, sebelum ini ND Lala didakwa berkahwin dengan wanita yang seusia anaknya, Shila Amzah hingga mencetuskan kontroversi yang menjadi perbualan netizen.
Baca: Lepas Sahkan Suami Dah Kahwin Lain, Isteri Pertama ND Lala Failkan Cerai?