Nampaknya kemelut antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam kembali menghangat di media sosial.
Terbaharu, Cik Epal mendedahkan dia terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis untuk datang ke rumah bekas suaminya itu bagi mengambil anak-anaknya iaitu Han dan Yuki.
Cik Epal menerusi perkongsiannya di Instagram memaklumkan sudah berbulan-bulan dia tidak bertemu dengan anak-anaknya.
Artikel berkaitan: “Bab bisnes tak ada harga bergurau” – Cik Epal Perjelas Kenapa Caj Sampai RM100K Untuk Review Produk
Artikel berkaitan: Tular Video Panggil Dewi ‘Sayang’, Hubungan Dengan Jofliam Semakin ‘Panas’?
Menurutnya, rumah baharunya sudah siap diubah suai dan mahu menjemput semula anak-anaknya untuk tinggal bersama. Difahamkan, mahkamah sebelum ini menyerahkan hak jagaan anak kepada pempengaruh yang juga usahawan itu.
Jelas Cik Epal lagi, tindakannya memuat naik masalah ini ke media sosial kerana kesal dengan sikap bekas suaminya yang sudah menyekat nombor telefon di WhatsApp.
“Aku terpaksa guna sosial media sebab dia dah block whatsapp aku. Dah berbulan aku tak jumpa Han & Yuki. Tang dia pisahkan anak-anak dengan ibu kandung boleh pulak ekk?
“Now pulangkan Han &Yuki dekat aku. Jangan buat harta macam Han &Yuki hak kau seorang.”
View this post on Instagram
Difahamkan, Jofliam tidak membenarkan anak-anaknya tinggal bersama Cik Epal atas alasan wanita ini tinggal sementara waktu di Airbnb sebelum rumah baharu siap sepenuhnya.
Justeru, Cik Epal berharap agar lelaki itu dapat memberikan kerjasama sewajarnya. Dia juga memaklumkan turut ditemani peguamnya pergi ke balai untuk urusan mengambil anak-anaknya.
Sumber: Instagram