in

“Jangan buat andaian bukan-bukan” – Ridzokumura Dedah Hari Kejadian Arwah Isteri Meninggal Dunia

ridzokumura isteri meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Ridzuan Ridzokumura akhirnya tampil mendedahkan punca arwah isterinya, Akiko Okumura meninggal dunia.

Terdahulu, berita tentang pemergian wanita itu telah mengejutkan ramai kerana pasangan ini baru sahaja bersiaran langsung pada malam sebelum kejadian.


Semalam, pihak polis sahkan wanita warga Jepun jatuh kondo pada minggu lalu adalah isteri kepada usahawan terbabit.

Difahamkan, wanita berusia 50 tahun itu telah terjatuh dari tingkat empat kediamannya di sebuah kondominium yang terletak di SS16. Pihak polis juga menyatakan kematian wanita berkenaan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel berkaitan: Seorang Wanita Jepun Maut Terjatuh Dari Sebuah Kondo Di Subang Jaya

Ridzuan dedah tentang hari kejadian arwah isteri meninggal

Terbaharu, Ridzuan tampil dalam siaran langsung di platform TikTok berkongsi tentang hari kejadian arwah isterinya meninggal dunia.

Ridzuan menegaskan arwah isterinya berkemungkinan jatuh tergelincir dan bukannya seperti andaian segelintir netizen mengenai kematian Akiko.

Menurutnya, pada malam kejadian itu, dia terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira pukul 1 pagi.

@malaysia.unfold.x

Terkini! Suami dedah kisah sebenar Akiko meninggal dunia. Semoga Arwah tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. #news #berita #beritatiktok #beritaviral #malaysiaunfold #malaysiatiktok🇲🇾 #madani #perpaduan #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #malaysia #akiko #akikookumura #ridzokumura #viral

♬ original sound – Malaysia Unfold X – Malaysia Unfold X

“Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya.

“Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur,” katanya.

Katanya, menjelang pagi dia merasakan suasana yang berbeza pada waktu itu kerana sudah menjadi rutin harian Akiko menyediakan sarapan untuknya dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.

“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak,” katanya.

Screenshot 2025 03 05 105103

Jelasnya, dia segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya berada dalam keadaan tertiarap di atas tanah.

Dia kemudian terus meminta pengawal keselamatan untuk menelefon pihak ambulans dan polis.

@aqmaibrahim_2

Rakyat malaysia tolong laa hormati family arwah🥺 Dorang tengah struggle #akiko #ridzokumura #alfatihah

♬ original sound – aqmaibrahim_2 – aqmaibrahim_2

“Abang tak nak alih muka dia sebab takut kalau dia masih bernyawa. Tak lama lepas tu, abang lari naik atas ambil tuala untuk tutup badannya.”

Ridzuan menyatakan jika ada lagi pihak yang menyebarkan fitnah, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.