in

“Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita”- Ucapan Khairul Aming Sempena Hari Malaysia 2024 Buat Ramai Sebak

Hari Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Hari Kebangsaan yang disambut pada tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun, tanggal 16 September juga merupakan hari yang sangat bermakna buat kita semua kerana ia merupakan Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh itu pada tahun 1963.

Video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming menerusi platform TikTok dan X telah bersempena dengan Hari Malaysia membuat ramai sebak.


Video berdurasi selama lebih dua minit itu telah dirakam ketika program Keretapi Sarong 2024, iaitu sebuah program yang diadakan setiap tahun untuk menyambut Hari Malaysia beramai-ramai.

@khairulaming

Menitik air mata bila edit video ni. Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita. Sama-sama kita pelihara, jaga dan bangga dengan tanah air kita. Selamat Hari Malaysia, negaraku yang tercinta 🇲🇾

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Artikel Berkaitan: “Penghormatan bernilai” – Altimet Bangga Lagu ‘Negaraku’ Dinyanyikan Pelajar SJKC

Artikel Berkaitan: Guna Kamera Canggih Tanpa Operator, Penonton Puji Kualiti Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan oleh RTM

Dalam video tersebut, dapat dilihat peserta-peserta Keretapi Sarong memakai pelbagai jenis baju tradisi dari pelbagai kaum di Malaysia beserta dengan kain sarong sebagai pelengkap.

Khairul Aming juga telah membuat kemunculan istimewa ketika akhir program itu dan dia turut mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara bersama ribuan peserta lain dalam program Keretapi Sarong tersebut.

Apa yang membuatkan ramai sebak ialah ucapan Khairul Aming dalam video berkenaan.

Hari ini kita semua naik kereta api, tersenyum dan berpeluh sama-sama menyanyi. Malaysia inikan sebenarnya kaya dengan agama, budaya dan bangsa sebab itu kalau difikirkan sebenarnya susah hendak cari negara yang unik macam negara kita,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Khairul Aming mengakui bahwa kadang kala memang berlaku ketidaksefahaman antara kita namun selaku rakyat Malaysia, kita juga haruslah sama-sama mempertahankan keharmonian negara ini.

Kharul Aming turut mengatakan bahawa air matanya menitis ketika menyunting video Hari Malaysia tersebut.

Jangan biarkan sesiapa pecahkan perpaduan negara kita. Sama-sama kita pelihara, jaga dan bangga dengan tanah air kita,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Sumber: TikTok @khairulaming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.