Berikutan dengan kontoversi muzik video lagu barunya baru-baru ini, Aliff Syukri merayu semua pihak agar tidak kaitkan ahli keluarganya dalam isu ini. Malah, dia turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atas tindakannya itu.
“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah. Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah.”
Permohonan maaf itu dibuat kepada pemberita selepas dia memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multemedia (SKMM) di Cyberjaya.
Menerusi Berita Harian, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi tadi, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung dengan klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa semalam ada berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.
Video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.
Baca : MCMC Cari Aliff Syukri & Individu Dalam MV Lagu Kelepok Raya