in

Jangan Ambil Mudah Dengan Masalah Gusi Berdarah! Ini Sebabnya…

fi gigi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah gusi berdarah pastinya satu isu yang normal berlaku dalam kalangan masyarakat. Pasti ramai yang pernah alami masalah gusi berdarah semasa memberus gigi ataupun semasa makan.

Oleh hal yang demikian, ramai yang menganggap masalah ini sebagai satu masalah yang normal berlaku dan membuat keputusan untuk tidak membuat rawatan lanjut. Namun, tanpa ramai sedari sebenarnya banyak risiko yang bakal dihadapi oleh seseorang yang mempunyai masalah gusi ini.


Menurut perkongsian daripada MedTweetMY Official di laman Twitter, kira-kira 8 ke 9 daripada 10 orang mempunyai masalah gusi berdarah ini dan merasakan ia adalah satu perkara yang normal berlaku.

FORNhUYVUAU902I

Jangan ambil mudah dengan masalah gusi ini kerana pelbagai kajian telah membuktikan bahawa ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti masalah jantung, alzheimer, dementia, strok, kelahiran bayi pramatang, masalah pernafasan, rheumatoid athritis dan osteoporosis.

Namun, jangan bimbang kerana masalah gusi ini sebenarnya masih boleh dirawat. Jadi, melalui perkongsian tersebut MedTweetMY Official telah sedikit sebanyak menjelaskan tentang masalah gusi ini…

Apa itu gingivitis?

FORNhyUUYAYX80i

FORNhy8VEAENhQG

Gingivitis merupakan satu masalah inflamasi yang berlaku pada gusi yang memegang gigi dengan kehadiran bakteria di plak gigi. Apabila dibiarkan, plak gigi lama kelamaan akan mengeras dan membentuk karang gigi. Karang gigi pula akan menyebabkan iritasi kepada gusi.

Tanda-tanda gingivitis

  • Gusi bengkak dan kemerahan
  • Gusi berdarah apabila memberus gigi atau makan makanan keras
  • Mulut berbau

Faktor risiko yang menyumbang masalah gusi

  • Merokok
  • Diabetes
  • Sesetengah ubat (rujuk pakar)
  • Kehamilan
  • Genetic predisposition
  • Rawatan orthodontic/braces
  • Poor oral hygiene

Masalah gingivitis ini boleh melarat kepada masalah periodontitis dan mula memudaratkan tulang rahang yang memegang gigi. Sekiranya masalah periodontitis ini mula teruk, gigi berpotensi untuk mula goyang dan akhirnya jatuh.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan?

Bagi masalah gingivitis, rawatan scaling dan polishing pada gigi dapat membantu mengurangkan masalah gusi berdarah. Namun, bagi masalah periodontitis pula, pembersihan karang gigi dan plak di dalam poket gigi sehingga bersih adalah sangat membantu. Pun begitu, rujukan dan rawatan lanjut daripada pakar adalah sangat digalakkan.

Macam mana nak elak gingivitis?

Untuk mengelak daripada berlakunya masalah gusi dan gigi ini, mudah sahaja…

  • Berus gigi dua kali sehari
  • Guna flos untuk bersihkan ruang antara gigi
  • Guna ubat kumur antiseptik bagi mencapai bahagian yang sukar dicapai semasa memberus dan flos
  • Buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali
  • Buat rawatan scaling secara berkala

Sekarang korang dah tahu kan? Jadi lepas ni tak ada alasan lagi untuk elak dan rawat masalah gusi ni! 

Baca: [VIDEO] Ibu Kongsi Detik Cemas Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak Gara-gara…

baca gigi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.