Jamal Yunos telah ditahan pihak polis kira-kira jam 1.15 petang pada hari Selasa (22 Mei). Menurut laporan, Jamal ditahan selepas pihak polis mendapat laporan dari seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa dia menunjukkan senjata api di tempat awam untuk sengaja menakut-nakutkan orang ramai.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang semasa sedang menjalani rawatan. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Manso, ada dua waran tangkap lain akan disempurnakan selepas Jamal selesai menjalani rawatan.
Bagaimanapun, menurut The Star, pemimpin ‘gerakan baju merah’ itu telah menghilangkan diri semasa prosiding mahkamah. Aik takut ke tuuuuu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, Jamal meninggalkan hospital semasa proses dokumentasi untuk ikat jamin dan kini pihak polis sedang mengesannya.
“Kami akan mencarinya (segera) untuk menyelesaikan proses itu.”
Percubaan menghubunginya untuk mendapat maklum balas tidak berjaya dan akaun Whatsapp Jamal menunjukkan bahawa dia tidak aktif sejak 10 Mei yang lalu.
Difahamkan, Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan sebagai sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Manalah agaknya Bang Jamal pergi yeeee….