in

Jalan Kaki Seorang Diri Dari Jam 4 Pagi, Netizen Dakwa Zul Yahya Ada Masalah Keluarga?

zul yahya jalan kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama rasanya kita tidak mendengar perkembangan terbaru bekas pelakon, Zul Yahya, 50 yang pernah terkenal dengan drama adiwira seperti Kaber Hero Kaber Zero dan Pepaya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan pelakon ini berjalan sendirian seperti sedang berdepan dengan masalah sehingga mengundang rasa bimbang dan simpati netizen.


Berjalan kaki dari jam 4 hingga 8.30 pagi 

Menerusi perkongsian tersebut, Zul didakwa mempunyai masalah keluarga dan telah berjalan kaki dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi seorang diri tanpa diketahui apa sebabnya.

Pemilik video berkenaan juga meminta orang ramai jika terjumpa dengan pelakon tersebut untuk membantunya kerana didakwa sedang berdepan masalah.

https://www.tiktok.com/@zackpulaumutiara8/video/7204270645163592986?_r=1&_t=8aEoOE8HrWs

Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak.#masalahkeluarga #fypviral,” tulis kapsyen video.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang risau akan keadaan bekas pelakon itu dan berharap dia tenang dalam menghadapi sebarang ujian hidup.

zul masalah

“Dia ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia” 

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat jawapan daripada isteri Zul sendiri, Siti Raihan Mohd Radzi yang memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa netizen.

Katanya, Zul hanya menenangkan diri dengan berjalan sendirian pada pagi itu, lapor mStar.

zul isteri

Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa. 

“Mengenai video itu, tak ada apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” katanya.

Siti Raihan juga memberitahu hubungan rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Harap Abang Zul baik-baik sahajalah. Risau tengok dia berjalan seorang diri macam tu kan…

Baca: Tular Video Wanita Dikepung Sebab Curi Duit, Rupanya Ada Masalah Mental

mental

Sumber: Twitter
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.