Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) bukanlah sesuatu yang baru dalam komuniti masyarakat kita dan golongan tersebut masih dikira minoriti.
Jika dilihat daripada sudut agama Islam, ia sememangnya bertentangan dengan syarak dan agama Islam melarang perbuatan tersebut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memulakan sebuah inisiatif untuk membantu golongan tersebut untuk kembali ke fitrah dengan melancarkan sebuah aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri – Homoseksualiti.
Dalam laman Facebook, JAKIM menyatakan aplikasi ini mengandungi ebook yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.
https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/336046838566293
Dalam posting itu juga, difahamkan aplikasi tersebut mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan seperti wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.
“Ramai yang nak cari jalan pulang, tapi segan”
Selepas JAKIM melancarkan aplikasi itu, ramai netizen yang memuji usaha jabatan tersebut untuk membantu golongan LGBT ini.
Selain itu, JAKIM juga menyatakan aplikasi tersebut kini boleh dimuat turun melalui platform Google Play Store dan setakat ini aplikasi tersebut sudah dimuat turun oleh lebih seribu pengguna.
Semoga insiatif ini dapat membantu!
Baca: Isu Babak ‘Kunyit’ Dalam Siri Stay Away From Me : JAKIM Lapor Pada SKMM