in

JAKIM Kaji Cadangan Wajibkan Restoran Di Malaysia Ada Sijil Halal

Restoran Wajib Sijil Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh baru-baru ini mengenai status halal enam restoran popular di Malaysia yang didakwa bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Susulan isu itu, restoran-restoran yang terlibat tampil memberi penjelasan mengenai status halal mereka.


Artikel berkaitan: Tular Surat Tentang Isu Sijil Halal Di 6 Restoran Terkenal, JAKIM Tampil Beri Respon

Artikel berkaitan: “Belum disahkan halal tapi…” – Johnny’s & Black Canyon Tampil Perjelas Isu Halal

Memetik laporan Free Malaysia Today, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan di negara ini memiliki sijil halal.

Cadangan ini bagaimanapun mengecualikan restoran yang menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol.

Screenshot 2024 09 06 120109

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses untuk mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran melalui platform yang disediakan Jakim seperti Portal Halal Malaysia.

Katanya, susulan isu tular itu, kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.