Bintang media sosial, Jake Paul, berjaya menewaskan legenda tinju, Mike Tyson, dengan markah 80-72, 79-73 dan 79-73 dalam pertarungan yang berlangsung di Stadium AT&T, Arlington, Texas sebentar tadi.
Menurut laporan NBC News, Tyson, 58, memulakan pusingan pertama dengan serangan agresif namun sukar mengekalkan momentum dalam pusingan seterusnya.
Namun, faktor usia memihak kepada Paul, 27, yang dapat menyerang secara konsisten. Tyson pula dilaporkan semakin perlahan dan gagal memberikan serangan signifikan selepas pusingan awal.
Bagaimanapun, selepas pertarungan, Paul sempat memberi penghormatan kepada Tyson dengan berkata – seperti yang saya jangkakan, petinju terbaik sepanjang zaman.
Artikel berkaitan: “Bertanjak ke Hollywood” – Shaukat Jadi Penggusti Malaysia Pertama Ke Reality of Wrestling
Artikel berkaitan: “Saya tak dapat bayaran langsung” – Mike Tyson Tuduh Drama Curi Kisah Hidupnya
Malah, apabila ditanya mengenai siapakah lawannya yang seterusnya, Paul berkata, dia bebas berlawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana semua orang ada dalam senarainya.
Difahamkan, Paul yang terkenal menerusi platfrom Youtube mula aktif bertinju sejak empat tahun lalu. Kini, Paul mempunyai 27 juta pengikut di Instagram dan hampir 21 juta followers di YouTube.
Menjelang pertarungan tersebut, Paul banyak melemparkan provokasi terhadap Tyson yang mempunyai rekod 50 kemenangan dengan 44 daripadanya ialah K.O dan hanya tewas enam kali sahaja sepanjang kariernya.
Pada usia 20 tahun, Tyson mencatat sejarah sebagai juara heavyweight termuda selepas menewaskan Trevor Berbick pada 1986.
Walaupun pertarungan sebentar tadi penuh dengan aksi menarik, ramai peminat mengadu tentang masalah penstriman yang sering terganggu menyebabkan ketidakpuasan di media sosial seperti di aplikasi X, Facebook dan sebagainya.