in

JAIS Sediakan 6 Lokasi Untuk Kumpul Al-Quran & Kitab Rosak Akibat Banjir

Lupus Quran Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Enam lokasi telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pusat pengumpulan al-Quran dan kitab agama yang rosak dan musnah akibat musibah banjir yang melanda di Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bencana banjir berkenaan telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan ini termasuklah naskah al-Quran dan kitab agama di masjid, surau, sekolah dan rumah.


Justeru, pihaknya telah menetapkan enam lokasi mengikut daerah bagi mengumpulkan kesemua kitab dan al-Quran yang rosak dan musnah ini untuk tindakan selanjutnya.

rosak

Enam lokasi pengumpulan al-Quran dan kitab agama ditetapkan seperti berikut:

  1. Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai (Hulu Langat)
  2. Tanah Perkuburan Johan Setia (Klang)
  3. Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling)
  4. Masjid As-Solihin, Kanchong Darat (Kuala Langat)
  5. Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  6. Masjid Raya Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang)

Untuk mereka yang tidak berkesempatan untuk ke lokasi yang dinyatakan, difahamkan naskah al-Quran dan kitab agama yang rosak boleh juga dihantar dan dikumpulkan di masjid kariah berdekatan sehingga hari Khamis (30.12.2021).

1352185

Naskah Al-Quran dan kitab agama yang dihantar ke masjid kariah tersebut kemudiannya akan turut dihantar ke enam lokasi yang dinyatakan bagi proses seterusnya.

Baca : “Macam-macam cara boleh tolong” – Hantar Bantuan Mangsa Banjir Naik Moto, Rider Makanan Dapat Pujian Netizen

1rider

Sumber: Utusan
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.