Kecoh di media sosial semalam selepas satu video tular dimana seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dibelasah di sebuah pasar di Terengganu.
Mangsa OKU berkenaan dikatakan telah melanggar sebuah gerai di pasar tersebut sehingga menyebabkan terjatuhnya barang-barang perniagaan peniaga.
Berang dengan kejadian itu, beberapa orang lelaki telah membelasah lelaki OKU itu dengan sangat teruk.
Lelaki OKU itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital dan dijaga oleh keluarganya.
Korang tengok lah video anaknya di bawah ni.
@nrulfrhana._ Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu 💔
Artikel berkaitan: “Satu amaran keras” – Pukul Lelaki OKU, G57 Bersedia Bantu Keluarga Saman RM1 Juta
Artikel berkaitan: Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan
Jaga ayah baik-baik
Susulan kejadian itu, orang ramai menitip kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.
Semoga dipermudahkan segala urusan ayah dan awak sekeluarga. Ramai yang menyokong ni, jangan risau.
Allahuuu. Sebak pulak min baca komen ni. Harap keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa. Ingatlah ini semua ujian dari Tuhan.
Harap muka mangsa okay lah. Teruk gak kena belasah dalam video tu. Stay strong ye!