Hari ini, berlangsungnya Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen.
Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya mempamerkan teladan yang baik sepanjang persidangan Parlimen.
Dalam ucapannya, baginda menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.
Artikel berkaitan: Tidak Ambil Gaji & Tiada Pengalaman, YDPA Kongsi Detik Manis Ketika Berkhidmat
Artikel berkaitan: Johor Negeri Pertama Tubuhkan Pusat Pemulihan Akidah Untuk Golongan LGBT
YDPA juga memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari
“Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.
Oleh yang demikian, saya harap semua ahli dewan akan tunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di dewan yang mulia ini. Jaga adab dan tatatertib serta gunakan tutur kata yang sopan, bukannya memaki hamun orang lain,” titah baginda.
Malah, YDPA turut mengakui bahawa baginda berasa malu dengan tindakan beberapa ahli parlimen di dalam Dewan yang berkelakuan tidak sopan.
Sumber: Buletin TV3