Satu kejadian memilukan telah pun berlaku di negara jiran, Indonesia melibatkan sekumpulan pekerja telekomunikasi yang menjadi mangsa keganasaan puak pengganas yang dikenali sebagai Kelompok Kriminal Bersenjata (KKB) daerah Papua.
Dilaporkan kesan kejadian itu, seramai 8 orang mangsa yang terdiri daripada para pekerja telekomunikasi tersebut telah pun terkorban akibat dibunuh dengan kejam.
Pada awalnya, mereka difahamkan sedang melakukan penyelenggaraan di Menara Televisyen BTS 3 di daerah berkenaan pada 2 Mac lalu sebelum diserang oleh puak KKB Papua itu.
Nelson Sarira, saksi rakan terkorban serangan KKB Papua
Pun begitu, seorang daripada mereka telah pun terselamat selepas berjaya melarikan diri semasa serangan berlaku. Walau bagaimanapun, dia yang dikenali sebagai Nelson Sarira ini dikatakan terpaksa menunggu selama dua hari sebelum bantuan tiba untuk menyelamatkannya.
Menurut Nelson, mimpi ngeri itu berlaku pada sekitar jam 4 pagi ketika mereka sedang tidur. Mereka tiba-tiba diserang oleh kira-kira 10 orang yang dipercayai dari kumpulan puak KKB Papua berkenaan.
Walaupun terpaksa menjadi saksi rakan-rakannya dibunuh dengan kejam, Nelson bernasib baik kerana kedudukan tempat tidurnya yang berada di paling hujung menyebabkan dia sempat untuk melarikan diri.
Nelson berjaya selamat berkat ‘bisikan’
Semasa melarikan diri, Nelson memberitahu bahawa dia ada mendengar suara yang berbisik kepadanya agar menyuruhnya bersembunyi di atas bukit. Setelah bersembunyi, dia kembali turun ke camp untuk melihat keadaan rakan-rakannya.
Beberapa hari lalu, satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan Nelson yang meminta pertolongan agar diselamatkan telah pun tular. Dalam video tersebut, Nelson terlihat meminta tolong untuk diselamatkan kerana hanya dia sahaja yang masih terselamat di kawasan projek penyelenggaraan menara tersebut di Daerah Beoga, Kabupaten Puncak Papua.
@seputarpapuacom
“Semua sudah dibantai, abang jemput saya. Semua sudah dibantai, sisa saya sendiri di sini, di Beoga, semua sudah mati” ucap Nelson menerusi rakaman tersebut.
Nelson diselamatkan 3 hari selepas itu…
https://www.tiktok.com/@kennedy_adie99/video/7072953721549835547?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8jzvejplA5SwO6IeyTJbrjrzXGT3x8e9x9Am3dG3abENDpcleMAkjguhy%2BFPjprFMKNzSn0eUjZTrQZsWGgA%3D&_r=1&checksum=9b85395c6326da8f198ff5b8a86eddce9160394ccdb4b5b2782ae88918a009ed&language=en&mid=6905939098792495873&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7072953721549835547&share_link_id=8BFC5D2F-D9D0-44A7-B646-6C468E9703B2&social_sharing=v2&source=h5_t×tamp=1646835855&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy
Selepas menghantar signal bahaya melalui rakaman CCTV tersebut, Pasukan Operasi Damai Cartenz berhasil menyelamatkan Nelson pada Sabtu tanggal 5 Mac lalu dengan menggunakan helikopter. Dia kini telah selamat berada di rumah keluarganya di Timika bagi menjalani tempoh pemulihan trauma.