in

Jadi ‘Rider’ Tiap Hujung Minggu Sebab Nak Bantu Keluarga, Luahan Pelajar Ini Bikin Sebak

Rider 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soal rezeki, setiap orang mempunyai bahagian masing-masing yang telah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Adil. Namun, apa yang paling penting adalah cara kita bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang mungkin orang lain tidak dapat.

Rider bukan orang senang

Satu perkongsian oleh @bobcola_ di TikTok memaparkan situasi seorang pelajar yang bekerja sebagai penghantar makanan pada setiap hujung minggu kerana ingin meringankan beban keluarga.


Artikel berkaitan: “Rezeki kita yang atas tentukan” – Penjual Burger Tetap Berniaga Setiap Malam Walau Untung RM10

Artikel berkaitan: “Dia masuk kawasan Shark!” – Rezeki Abang’Rider’ Dapat ‘Selfie’ Dengan Syamsul Yusof Lepas Hantar Makanan

Dia yang berumur 18 tahun meluahkan rasa sedih kerana tidak diberi rezeki seperti orang lain malah perlu berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Nak ringankan beban keluarga.. saya kadang-kadang cemburu bang bila tengok member nak dapat itu ini senang je, tapi saya kena kerja dulu baru dapat. Saya sedih, tak macam orang lain.. saya struggle nak capai apa yang saya nak. Tu pun dapat sambung belajar, nasib je..

@bobcola_

Segunung emas tidak akan cukup buat orang yang serakah tapi sepiring nasi akan cukup bagi orang yang bersyukur. #fyp

♬ Instrumen Sholawat Sedih (Piano Biola) – Yuda pratama

Bagi nasihat untuk rider

Bagaimanapun, pemilik video itu menasihati pelajar tersebut tentang rezeki dan ianya tidak perlu dibanding-bandingkan dengan orang lain.

Awak perlu bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang ni. Awak dapat sambung belajar, boleh berjalan, boleh kerja hantar makanan. Itu pun rezeki untuk awak. Dalam umur awak 18 tahun ni, ada yang tak dapat sambung belajar, ada yang hidup mewah dengan harta mak ayah, ada yang sudah tiada mak ayah.

Jangan kita tengok hidup orang tu seronok, kita jadi iri hati. Allah tak jamin hidup kita kat dunia ni orang kaya, tapi kalau awak usaha, awak berjaya.

Bagi ‘memujuk’ pelajar tersebut, pemilik video itu sempat memberikan sedikit wang dan turut meminta pelajar berkenaan berehat sebentar dalam masa seminggu. Pelajar itu berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada pemilik video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pelajar dan pemilik video itu agar dimurahkan rezeki.

Rider 1 Rider 2

Alhamdulillah, yang penting kita sentiasa bersyukur

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.