in

Jadi Penuntut Termuda Di UM Pada Usia 12 Tahun, Ini Kisah Kanak-kanak Genius Izz Imil Shahrom

Izz Imil Shahrom Budak Genius Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, tular kisah mengenai seorang budak berusia 12 tahun yang difahamkan telah diterima masuk bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).

Berita itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana ada di antaranya kagum dengan kejayaan anak muda ini dan ada juga yang bimbang jika kanak-kanak ini terlalu muda untuk memasuki universiti.


Adik

Artikel berkaitan: Genius Matematik, Adi Putra Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Kelantan

Artikel berkaitan: Genius Matematik Tewaskan Pemegang PhD, Berjaya Selesaikan Soalan Matematik Dalam 1 Malam

Izz Imil Shahrom budak genius, menghidap autisme 

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu, remaja berkenaan, Izz Imil Shahrom merupakan seorang kanak-kanak genius yang menghidap mild autism.

Autisme yang dihidapi Izz ketika kecil adalah dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai hyperlexic atau lebih dikenali sebagai Einstein Syndrome. Akibat daripada autisme itu, Izz dikatakan tidak boleh mendengar bunyi bising.

Menerusi perkongsian majalah Keluarga, Izz telah mendapat peluang untuk mengikuti terapi di University of Texas Hospital apabila ibunya bertugas di Houston, Texas tak lama dulu.

Izz 1

Selain daripada itu, Izz juga pernah mendapat tempat di Kolej Permata Pintar (KPP) ketika berusia 6 tahun sebagai pelajar ASAS 1. Akibat perpindahan pusat KPP dari Bangi ke Seremban tidak lama lepas itu, Izz dikeluarkan dari KPP dan kemudian menerima homeschooling.

Usia 6 tahun tapi tahap pemikiran menyamai 16 tahun 

Lebih menarik lagi, Izz juga dikatakan berupaya menyelesaikan soalan Matematik dan Kimia Tingkatan Empat.

Keupayaan luar biasanya mula dikesan ibunya, Ilyah Abdul Aziz, dan bapanya, Imil Shahrom Abdul Ghani, apabila menyedari anak mereka menunjukkan minat terhadap angka sejak berusia tiga tahun.

Malah ketika dia berusia 5 tahun dia sudah lancar dalam pemahaman Periodic Table of Element dan gemar membaca buku Secret of Mental Math.

Ketika usianya menginjak 6 tahun, tahap pemikirannya juga sudah menyamai pelajar berumur 16 tahun. Lebih menarik lagi. Izz sudah boleh mengira, membaca rumi dan jawi pada usia 2 tahun!

Imil yang bercita-cita menjadi saintis negara ini telah dibandingkan dengan watak fiksyen, Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, Young Sheldon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Universiti Malaya (@unimalaya)

Dalam pada itu, susulan kemasukan kanak-kanak genius ini, pihak UM meminta semua pihak untuk memberi ruang dan privasi kepada remaja berkenaan melalui proses pembelajaran serta penyesuaian diri di universiti.

Bangganya dengan adik Izz ni! Semoga terus sukses ya! 

Sumber: Berita Harian, Keluarga

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.