Setiap penyakit itu pasti ada ubat dan rawatan yang spesifik untuk mencegah daripada penyakit merebak dengan lebih serius. Kalau kita pergi hospital atau klinik, doktor dan jururawat pasti akan beri khidmat terbaik serta tips untuk kekalkan kesihatan.
Lain pula cerita dengan kes baru-baru ini di Jertih apabila seorang guru terpaksa tinggal dalam MPV akibat hidap penyakit misteri. Menurut BH Online, isteri kepada guru ini iaitu Wan Zaidah telah berusaha pelbagai cara termasuk berpindah ke rumah lain, tetapi suami masih tak boleh masuk ke rumah.
“Perwatakan suami tidak berubah, terus jadi bengis dan panas baran serta pelupa”
“Dia terpaksa menghabiskan masa dalam MPV walaupun dah pindah ke rumah baru” – Wan Zaidah
Sebelum ini, guru tersebut telah tinggal dalam MPV hampir setahun. Wan Zaidah menerangkan bahawa penyakit misteri suaminya makin bertambah teruk walaupun dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.
Tambahnya lagi, doktor mengesahkan yang suaminya tak sakit dan hanya memberikan cuti sakit walaupun mereka memaklumkan perwatakannya menjadi bengis, pemarah apabila naik ke rumah.
Guru tersebut yang lebih dikenali sebagai Azhar Nor, 56, banyak menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan mendengar syarahan agama melalui telefon bimbitnya untuk mengisi masa.
Pengerusi KETENGAH, Datuk Razali Idris yang menjengah guru ini sempat menyumbangkan bantuan kewangan menasihatkan Wan Zaidah membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah rawatan Islam.
Apa agaknya penyebab penyakit misteri ni ya?
Baca: “Lelaki Dari India Menghidap Penyakit Misteri, Mampu Tidur 300 Hari Setahun”