Ramai yang kurang jelas bahawa sex education itu bukanlah semata-mata tentang persetubuhan tetapi merangkumi pelbagai aspek. Termasuklah perbuatan rogol atau mencabul.
Sebab itulah, seorang Sex Education Speaker baru-baru ini menggunakan platform Twitter telah menyenaraikan kesalahan dalam mendidik anak-anak tentang perihal seks.
Contoh yang paling selalu kita dengar, ibu bapa bagi nama kiasan kepada kemaluan anak. Menurut Fairuz, ia adalah kesalahan asas yang biasa dilakukan.
Saya tahu anak muda di twitter ramai tak kahwin lagi, tp please jgn budayakan kesalahan turun temurun mendidik anak2 bkaitan sex ed. Mari saya senaraikan.
1. Memberi nama kiasan kpd kemaluan anak. Ia kesalahan asas yg biasa dilakukan. Masyarakat dulu fikir tak sopan. Ini thread.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) October 9, 2019
Jom baca apa lagi kesalahan yang boleh jadi renungan ibu bapa untuk diperbetulkan bagi kebaikan dan keselamatan anak-anak.
Bagi ‘nickname’ untuk kemaluan.
3. Untuk anak perempuan lagilah ditukar jd sampai lucah. Pepetlah, bunga, rama2, apam, karipap, b***t, dan term lucah yang melampau.
Guna term yg tepat, Faraj/vagina. Penukaran pd nama spt yg disebut di atas akan mbuatkan masyarakat jdkan ia bahan lawak. Please respect perempuan
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) October 9, 2019
Ramai ibu bapa tak ajar anak tentang bahagian sulit
Tak ajar anak apa itu private part. Anak tak tahu anggota badan mana boleh disentuh dan yang mana tak boleh. Apatah lagi ada orang tua yang jenis suka gurau tarik kemaluan atau cubit bahagian itu. Ini salah!”
Jika sentuhan tak selamat berlaku, ajar untuk jerit kuat kuat, lari dan mengadu.”

Jangan marah anak bila mereka tanya pasal seks
Ada parents yang nak cili mulut anak bila tanya pasal benda ni. Anak akan anggap bukan semua boleh ditanya atau dikongsi dengan mak bapak.”
Itu pasal jadi mangsa cabul bapak, bapak sedara dan lain-lain, dia diam je. Takut kena marah.”

Perempuan dicabul atau dirogol bukan sebab pakaian!
Yang problem pelaku tu. Bukan mangsa. Mindset salahkan mangsa ni tak boleh ada dah sekarang.”

Jangan pulaukan gadis yang buang anak. Patutnya mereka diberi bantuan

.. ada yg jd mangsa sex grooming dr kecil, ada yg kena cabul masa kecil sampai seronok buat benda tu. Mrk mangsa. Jari jgn cpt sgt menaip mengutuk. Ia tak selesaikan masalah.
Please bantu kwn mcm ni dgn call 15999, letak bayi di baby hatch atau cari rumah bimbingan remaja hamil
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) October 9, 2019
Mulut jahat sangat cakap gadis hamil luar nikah dosa tak diampunkan, diangkat nikmat sakit bersalin. Walhal, Tuhan tu Maha Pengampun. Lahirkan anak luar nikah ke apa, Tuhan ampunkan dosa kau. Sama je sakit. Tumpah darah bagai. Ketakutan dia je atasi kesakitan lahirkan anak.”
Jangan anggap anak akan tahu hal seks sendiri

Apa pendapat korang? Admin rasa ada betulnya juga huraian ni. Bak kata orang, semuanya bermula dari rumah. So kita kena teliti dalam bab mendidik anak ni…