in

“Jadi depan mata aku” – Lelaki Dedah Isteri Diganggu Individu Tak Dikenali, Dah Tegur Tapi…

Kaunter 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dulu lagi, banyak kes gangguan seksual berlaku di Malaysia tak kiralah ia terjadi kepada kaum lelaki ataupun perempuan.

Semalam, tular di TikTok satu kisah seorang wanita diganggu oleh seorang individu yang tidak dikenali semasa berada di pasar raya. Kisah ini dikongsikan oleh @_shafiqnizam yang merupakan suami kepada wanita tersebut.


“Dia berdiri rapat belakang isteri”

Ceritanya, Shafiq dan isteri membeli-belah di sebuah pasar raya yang terletak di Selangor dan sewaktu mereka berada di kaunter pembayaran, Shafiq perasan ada seorang individu lelaki yang berkelakuan pelik.

Artikel berkaitan: “Hati-hati dia ni perogol” – Wanita Ini Dedah Wajah Perogol Namun Dituduh Reka Cerita?

Artikel berkaitan: “Perempuan, hati-hati” – Suami Orang Kantoi ‘Skodeng’ Perempuan Dalam Tandas, Siap Pakai Tudung Lagi!

Sampai kat kaunter, aku akan tolak troli (dekat belakang).. bini aku dekat depan keluarkan barang. Masa tu aku tanya bini aku, “Roti ada tak?” Bini aku cakap, “Tak ambil lagi”

Jadi bini aku cakap “You pergi ambil dulu, I keluarkan barang (dari troli).

Kata Shafiq, isterinya agak rendah jadi dia perlu membongkok sedikit untuk mencapai barang dalam troli tersebut.

Aku perhati dari jauh.. ada seorang lelaki dia berdiri rapat (dengan isteri). So, aku pergi dekat dia aku cakap elok-elok..”Ni orang rumah saya, boleh tepi sikit”.

Berkali-kali juga Shafiq tegur individu berkenaan namun dia dilihat terpinga-pinga seolah-olah tidak faham dengan teguran tersebut.

@_shafiqnizam

Waktu beratur tu tak ramai orang tapi dia rapat dengan bini aku , Dan aku taktahu kenapa . Kalau ada yang kata aku halau dia ketepi ke apa ? aku tak halau . Bini aku tengah keluarkan barang dari troli dan aku pergi ke bahagian roti ambil roti . Dan barang dalam troli banyak kiteorang beli . So takde sebab dia nak rapat dengan alasan nak cepat ke apa . Perempuan di luar sana tolong jaga diri masing masing ya . #capiklalat

♬ Very Sad – Enchan

“Jadi depan mata aku”

Shafiq yang kesal dengan kejadian tersebut berpesan kepada wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dan jaga diri sendiri.

Tolong jaga diri korang. Aku rasa tak selamat.. kejadian ni jadi depan mata aku. Sejak kejadian tu, aku bagitahu bini aku bila masuk kereta terus kunci pintu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa takut selepas mendengar kisah yang dikongsikan oleh Shafiq.

Kaunter 1 Kaunter 2 Kaunter 3

Tak kira lelaki, perempuan kena jaga diri masing-masing…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.