in

“Jadi core memory sampai sekarang” – Lisa Surihani Dedah Pernah Dibuli Sebab Pelat ‘R’

Lisa Surihani Pelat R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dikenali dengan lakonan hebat dari aktres jelita ini, Datin Lisa Surihani juga sering diusik kerana mempunyai masalah pelat sebutan huruf ‘R’.


Lisa Surihani baru-baru ini berkongsi kisah dia pernah dibuli sewaktu kecil gara-gara mempunyai masalah menyebut huruf ‘R’.

Kongsinya bersama penyampai radio Era, Lisa menyatakan dia menyedari susah menyebut huruf ‘R’ sejak tadika lagi dan pernah digelak oleh rakan-rakan kelasnya.

Artikel berkaitan: “Istanbul Aku Datang Chapter 2?” – Lisa Surihani & Beto Kusyairy Buat Netizen ‘Throwback’

Artikel berkaitan: “Apesal muka dengan body dia maintain je” – Ini 5 Rahsia Cantik Lisa Surihani Yang Korang Boleh Try

“Masa tadika dulu, saya perlu menyebut nama warna. Nama warna tu adalah merah jambu. Lepas sebut tu tiba-tiba kawan cakap, ‘Hah? Merah jambu! Hahahahaha’.

“Siap berekor-ekor, bergema-gema gelak mereka. Saya ingat lagi… dia jadi core memory saya sampai sekarang ni,” ujarnya.

@era.je

@lisasurihani kongsi cerita dia kena buli waktu kecil sebab pelat sebut huruf “R”. Comel apa!! Sampai hati eh buli orang pelat #3PagiERA #radiono1palinglegit

♬ original sound – ERA – ERA

Menurut pelakon Istanbul Aku Datang itu lagi, walaupun menyedari mempunyai masalah sebutan huruf ‘R’ sejak kecil, Lisa tidak pernah berjumpa pakar terapi pertuturan untuk merawat masalah pelat.

Dalam pada itu, Dr. Wan Najib memaklumkan masalah pelat ini boleh dirawat walaupun individu itu sudah dewasa dengan kerap berlatih.

Mengulas lanjut, Lisa meluahkan niat untuk memperbetulkan sebutan ‘R’ kerana mahu memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran.

“Walaupun ada kekurangan, apa yang mampu kita perbaiki, kita cuba,” katanya.

Tapi bagi min, comel juga orang yang pelat R ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.