in

Jabatan Perikanan Kecewa Spesies Ikan ‘Alien’ Dilepaskan Dalam Tasik Shah Alam, Ini Penjelasan MBSA

Mbsa Ikan Alien Tasik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikecam kerana didakwa melepaskan ikan yang dilarang atau ikan alien di Tasik Bandaraya Seksyen 14, Shah Alam semasa program pelancaran pertandingan memancing, baru-baru ini.

Difahamkan, ikan tersebut adalah jenis Patin Siam atau nama saintifiknya ‘Pangasianodon hypophthalmus’ iaitu spesies invasif dari anak sungai Mekong.


MBSA memuat naik acara itu di halaman Facebooknya, menarik perhatian dan kecaman ramai yang mempertikaikan sama ada pihak berkuasa tempatan itu menyedari bahawa mereka melepaskan spesies terancam.

Artikel berkaitan: “Mungkin ia tersesat” – Penampakan Buaya, MBSA Nasihatkan Orang Ramai Hati-hati Ketika Beriadah

Artikel berkaitan: Ikan Arapaima Yang Libas Anggota Jabatan Perikanan Dilaporkan Sudah Mati

463135642 865515699032135 8692753201460402285 N 462771267 865515619032143 8792434730928555047 N

Perkara itu juga turut mendapat perhatian Jabatan Perikanan (DOF) Selangor yang kecewa dengan tindakan terbabit.

Pengarahnya, Noraisyah Abu Bakar berkata, tindakan ini bukan sahaja mengancam ekosistem tasik tetapi juga menimbulkan risiko kepada spesies tempatan dan keseimbangan biodiversiti.

“Pelepasan ikan asing tanpa kawalan boleh mengakibatkan persaingan sumber makanan dan habitat dengan spesies tempatan.

“Malah, ia boleh membawa penyakit baru yang boleh menjejaskan populasi ikan asal,” katanya.

MBSA nafi lepaskan ikan asing

MBSA dalam satu kenyatan terbaharu bagaimanapun menafikan telah melepaskan ikan spesies asing ke dalam tasik berkenaan.

Menurutnya, acara pelepasan ini diadakan bagi tujuan kawalan keseimbangan spesies dan populasi ikan di Tasik Shah Alam.

Katanya, ia juga simbolik bagi Pertandingan Memancing Shah Alam 2024 yang akan berlangsung pada 27 Oktober depan.

“Ikan yang dilepaskan adalah spesies ikan pangasianodon hypophthalmus atau patin siam.

“Merujuk kepada poster spesies ikan asing dan senarai ikan asing dilarang dilepaskan ke perairan umum yang dipaparkan di Portal Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) tidak dinyatakan larangan pada spesies ikan patin siam atau pangasianodon hypophthalmus,” katanya.

Jelasnya, MBSA juga memperolehi bekalan ikan tersebut daripada pembekal ikan yang berdaftar dengan DOF.

463222632 866280472288991 1532582859091124702 N

Tambahnya, MBSA akan membuat rujukan terlebih dahulu dengan DOF bagi memastikan spesies ikan yang dilepaskan adalah jenis yang dibenarkan sebelum mengadakan acara pelepasan ikan di masa akan datang.

Sumber: Kosmo!, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.