in

Jabatan Perhilitan Berjaya Tangkap Harimau Yang Dipercayai Baham 2 Orang Lelaki Baru-baru ini

Harimau Ditangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita dua orang lelaki yang diserang oleh harimau sehingga maut dalam dua kejadian berbeza di Bukit Melintang, Jeli, Kelantan dan di Gerik, Perak.

Meskipun kedua-dua mangsa dibaham harimau pada hari yang berbeza, namun kedua-duanya dipercayai diserang oleh pak belang yang sama kerana tempoh masa kedua-dua kejadian itu berlaku dalam masa singkat dan lokasi kejadian juga berdekatan iaitu kira-kira empat kilometer.


Hari ini, Sinar Harian melaporkan bahawa pak belang yang dipercayai menyerang dua orang mangsa tersebut telah ditangkap selepas haiwan liar itu masuk ke dalam perangkap yang dibuat oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

14

 

Artikel berkaitan: “Abah keluar nak ambil wuduk” – Anak Tak Sangka Bapa Maut Dib*ham Harimau

Artikel Berkaitan: Lagi Kes Individu Dib*ham Harimau, Kali Ini Warga Myanmar Maut Diserang 3KM Dari Kawasan Pertama

Difahamkan, maklumat lanjut tentang penangkapan haiwan itu akan diberikan oleh Pengarah Perhilitan Kelantan nanti.

Jumaat lalu, pihak Jabatan Perhilitan Kelantan dan Perak telah melaksanakan langkah-langkah berkaitan untuk menangkap harimau yang menyerang dua orang mangsa beberapa hari lalu.

Untuk itu, pihak mereka telah memasang perangkap di lokasi tertentu untuk menangkap haiwan itu dan ternyata ia membuahkan hasil kerana seekor harimau yang dipercayai pak belang yang menyerang dua orang lelaki itu berjaya ditangkap.

Semoga lepas ni kejadian yang tidak diingini seperti ini tidak akan berulang lagi. 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.