in

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan?

Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa.


Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak.

Bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia

Fb Img 15184603842551

Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini.

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.

Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda HALAL adalah jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.”

E3F7Ezcvcaa1 K

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah, jadi bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

Jadi, tepuk dada tanya selera…

 

Baca: “Teringin ah nak pergi Perak” – Raih 11.5k Retweets, Wanita Ini Kongsi Tempat Makan Best Kat Ipoh

Screenshot 2021 12 09 At 2.34.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.