in

“Itu semua ketentuan Allah” – Isteri Reda Operasi Mencari Sabari Baharom Dihentikan Lepas Hari Ke-3

Sabari Baharom Isteri Reda Pencarian Buntu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada Sabari Baharom, pesara FELCRA yang dipercayai dicampak ‘hidup-hidup’ ke Sungai Padang Terap, Jitra reda dengan ketentuan Allah SWT bahawa suaminya sudah tiada selepas operasi pencarian hari ketiga menemui jalan buntu.

Menurutnya, dia dan keluarga berpuas hati dengan usaha pasukan pencarian di sekitar kawasan sungai tempat suaminya dipercayai diperlakukan dengan kejam lebih sebulan yang lalu.


Saya puas hati dengan usaha mereka, atas kemampuan mereka dalam operasi mencari suami saya. Polis pun cakap, mereka tahu usaha ini sudah lewat sebab kejadian berlaku pada 4 September lalu.

“Operasi mencari dibuat selepas polis menahan dua suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian mangsa, hari ini.

Sabari Isteri

Artikel berkaitan: “Suami saya baik, tak pandai marah” – Isteri Sabari Baharom Tak Dapat Terima Kekejaman Terhadap Suami

Artikel berkaitan: Kes Kehilangan Lelaki & Keretanya Dibakar, Polis Tahan Seorang Wanita 62 Tahun

Katanya Shubiah lagi, jasad suaminya yang berusia 62 tahun itu mungkin tidak akan ditemukan walaupun selepas pencarian selama tiga hari.

Keluarga tahu dan terima bahawa suami saya sudah tiada lagi. Jika jasadnya ditemukan Alhamdulillah, jika tidak, tidak mengapa, itu semua ketentuan Allah. Saya ucapkan terima kasih atas usaha pihak berkuasa mengesan jasad suami,” katanya.

Menurutnya, mereka juga sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa kemungkinan untuk temui jasad suaminya juga tipis.

Sebelum ini, banjir besar melanda kawasan itu selama kira-kira seminggu, diikuti banjir lain selama empat hari. Arus deras boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan,” katanya lagi.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa. 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.