in

“Itu luahan 2019” – Madu Dakwa Tak Pernah Desak Suami Ceraikan Nora, Jelaskan Perkara Sebenar

madu nora ariffin jelaskan perkara sebenar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Madu kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Rose Aliza Sutrisno akhirnya bersuara selepas tular di media sosial tentang selebriti itu menyatakan dalam proses permohonan cerai dengan mendakwa itu bukanlah kerelaannya, tetapi atas kehendak isteri pertama.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Rose yang juga pengetua sekolah menyatakan bahawa keputusan perceraian itu dibuat atas pertimbangan suaminya, Rushdi Ramli sendiri, bukan atas desakan dia dan anak.


Artikel berkaitan: Suami Nora Akhirnya Bersuara, Sedih Lihat Isteri Dikeji

Artikel berkaitan: “Saya sedang pujuk Ustaz…” – Akur Permintaan Anak Tiri, Nora Bakal Bercerai Kali Kedua?

“Saya memilih untuk berdiam diri selama ini kerana tidak mahu membuka aib sesiapa dan menjaga maruah suami serta nama baik madu saya.

“Namun, apabila tersebar dakwaan bahawa saya dan anak memaksa suami menceraikan madu, serta tulisan lama saya digunakan untuk memburukkan saya, maka saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Hantaran yang dikongsikan Nora adalah tulisan lama pada tahun 2019

Rose menjelaskan bahawa tulisan-tulisan lama yang dimuat naik semula oleh madunya sebenarnya adalah luahan emosinya pada tahun 2019, sewaktu baru mengetahui bahawa suaminya berkahwin secara senyap selama setahun tanpa pengetahuannya.

Pada ketika itu, katanya, terdapat seorang individu yang rapat dengan suaminya, (individu itu kini sudah meninggal dunia), merayu agar suaminya menceraikan isteri kedua atas sebab-sebab tertentu.

“Akhirnya suami saya akur dengan permintaan insan tersebut dan melafazkan talak di hadapan madu dan anak-anaknya, termasuk arwah Alif.

“Lafaz itu juga dirakam atas permintaan insan itu. Kejadian berlaku pada tahun 2019. Malangnya, video yang sepatutnya disimpan dimuat naik pada 12 Ogos 2024.”

255383673 5333888333294118 7952498005761023453 n

Rose juga menafikan bahawa terdapat panggilan telefon daripadanya atau sesiapa selepas solat Subuh yang memaksa suaminya menceraikan isteri kedua, seperti yang tersebar di media sosial.

“Saya tidak lari dari khilaf”

Bagaimanapun, Rose menyatakan bahawa dia sudah pun memohon maaf kepada Nora pada 1 Ogos 2021 dan menganggap semua salah faham antara mereka sudah selesai.

Screenshot 2025 03 20 100656

Selain itu, hantaran anaknya, Alia yang pernah tular sebelum ini juga adalah tulisan pada tahun 2020 dan telah pun dipadam selepas tersedar bahawa tulisan sedemikian agak keterlaluan kerana ditulis dalam keadaan emosi sebagai seorang anak yang kecewa kerana bapa berkahwin lagi tanpa pengetahuan keluarga.

Jelasnya, Alia juga telah memohon maaf kepada Nora pada September 2020 namun dia mengesali apabila hantaran lama itu dimuat naik semula pada tahun ini.

Sebelum ini, Rushdi Ramli ada memuat naik hantaran mengatakan dia begitu sedih apabila ada netizen menggelarkan Nora sebagai perosak rumah tangga.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.