Sejak minggu lalu, video nyanyian penyanyi berkumpulan baru The Gadys menjadi tular di media sosial, ianya kerana netizen merasakan nyanyian live mereka itu sumbang sehinggakan ramai yang memberikan kecaman kepada girl group tersebut.
Pun begitu, pelantun lagu Gelek Jambu itu tidak melatah dan mengakui mereka menerima kecaman itu dengan hati yang terbuka.
Artikel berkaitan: “Berlaku Kesilapan Teknikal Ketika Persembahan” – Wakil Syarikat Pengurusan Kumpulan The Gadys
Artikel berkaitan: Nyanyian Tak Harmoni, Persembahan Kumpulan The Gadys Ketika Acara Anugerah Dikritik Netizen
Dalam perkongsian Astro Gempak, The Gadys berkata segala yang berlaku itu adalah atas kekurangan dan kelemahan mereka sendiri.
View this post on Instagram
“Apa yang kami boleh katakan kami bukanlah hanya menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer.
Kami bukan hanya menumpukan nyanyian tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi. Sebab kami hari tu pun ada masalah teknikal,” kata mereka.
Mereka bagaimanapun mengakui terkesan dengan komen-komen negatif yang diberikan, disebabkan itu mereka bersepakat untuk berehat sebentar daripada media sosial buat sementara waktu.
“Kami akan teruskan pergi kelas vokal, mungkin masa singkat san tak dapat nak komited sepenuhnya dalam bidang nyanyian, sebabkan ramai minta, kami akan komited sepenuhnya selepas ini,” tambahnya lagi.
Nama The Gadys menjadi perhatian ramai selepas persembahan nyanyian Cintaku Sampai Ke Ethiopia dikatakan sumbang pada Anugerah KNKV Viral 2024.
Sumber: Gempak