Berikutan dengan teguran daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud terhadap lawak ‘misleading’ Harith Iskander di Twitter, pelawak itu tampil memberikan respon untuk mempertahankan tindakannya itu.
Menurut pelawak berumur 56 tahun itu, dia menegaskan bahawa ia bukanlah satu isu besar dan keratan video stand up comedy yang dia muat naik itu adalah rakaman beberapa tahun lepas, ia diambil dari program I Told You So dari Netflix pada tahun 2018, lapor mStar.
“Sebenarnya saya rasa maklumbalas dari Ketua Pengarah Imigresen tu biasa je, saya pun respon tweet beliau pada waktu itu, saya tidak anggap ia sebagai isu yang besar.”
Katanya lagi, stand up comedy ini adalah medium untuk kita mentertawakan diri kita sebagai manusia yang tidak sempurna. Malah kita boleh mentertawakan ketidak sempurnaan kita dan ia tidak niat lain, hanya sekadar untuk berhibur.
Harith juga menegaskan bahawa dia sentiasa berhati-hati sepanjang 30 tahun dalam industri seni dan akui dia cintakan negara dan bangga menjadi warganegara Malaysia.
“Soal berhati-hati dalam buat content tak perlu dipertikaikan sebab selama kerjaya saya sebagai stand up comedian lebih 30 tahun ini saya memang sentiasa berhati-hati dengan content persembahan saya.”
This is misleading Harith. @KDNPUTRAJAYA @imigresenmy @jpagov https://t.co/RQsTFyNEMf
— Khairul Dzaimee Daud (@Dzaimee) March 1, 2022
“Kalau tidak, dah lama saya keluar dari industri ini. Sebelum pandemik ini saya dah mengharumkan nama Malaysia dengan menang anugerah ‘Funniest Comedian in the World’ beberapa tahun lepas dan saya tak pernah malu menggelarkan saya sebagai ‘a proud Malaysian’.
Baca : “Misleading” – Ketua Imigresen Malaysia Tegur Lawak Harith Iskander Pasal ‘2 Kaunter Buka’ di KLIA