in

“Itu je platform pelawak” – Man Raja Lawak Luah Rasa Hampa Tak Jadi ‘Permanent’ Dalam Sepahtu Reunion

Syaz Ft 2024 09 30T114918.803

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak merupakan seorang pelawak serta pelakon yang terkenal selepas menjuarai rancangan realiti komedi, Raja Lawak.

Pun begitu, baru-baru ini tular potongan video dari audio siar Shuib iaitu Dol’s Podcast yang menampilkan Man Raja Lawak sebagai tetamu di mana mereka membincangkan berkenaan karier Man Raja lawak.


Artikel berkaitan: “Dah setahun tunggu” –  Man Raja Lawak Minta Stesen TV Bayar Hutang RM 4K

Artikel berkaitan: “Tak perlu bawa ke media sosial” –  Rahim Rasa Terkilan, Dedah Dah Kena ‘Block’ Dengan Shuib

Dalam potongan video yang tular itu, Man berkongsi dia sudah beberapa kali dijemput dalam rancangan Sepahtu Reunion Live namun masih tidak diambil sebagai watak yang tetap dalam rancangan tersebut.

Menurutnya, dia menganggap rancangan itu sebagai platform untuk pelawak-pelawak tempatan menempa nama dalam industri.

“Dan aku bila dorang (Sepahtu & Astro) dah janji macam tu aku pun berharap, aku cakap kat bini aku kalau dapat masuk (Sepahtu Reunion) pertama sekali gaji tu aku nak sedekahkan,” kongsinya.

Pelakon filem Nongkrong itu turut berkata dia sudah mengimpikan pentas Sepahtu Reunion itu dan melihatnya sebagai perancangan jangka masa panjang selepas dijanjikan watak tetap untuk rancangan itu.

Dalam pada itu, Man berkongsi dia hanya ingin mencari rezeki untuk dirinya serta keluarganya.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.