in

“Itu ikut isu semasa ketika itu” – Janna Nick Perjelas Isu Video Dikatakan ‘Sindir’ Ruhainies

Ft Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video lama yang tular memperlihatkan Janna Nick ‘mengusik’ Ruhainies berkenaan isu penyondol dalam satu rancangan tidak lama dulu telah mendapat respon pelakon tersebut.

Pelakon dan pengacara, Janna Nick dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perkara itu sekadar satu gurauan.


Didakwa netizen ‘datang dari masa depan’, Janna Nick menegaskan tiada niat untuk dia menyindir Ruhainies dan ia berikutan dengan isu semasa pada waktu tersebut.

Artikel berkaitan : “Dia dah lama bagi hint” – Janna Nick Pernah Sindir Ruhainies Pasal Penyondol?

Artikel berkaitan : “Penat dah berharap”- Janna Nick Luah ‘Struggle’ Untuk Hamil, Dah Buat Bermacam Cara Tapi Belum ‘Lekat’

“Video itu video lama, tiada niat untuk menyindir atau nak tumpahkan ‘tea’, tidak dan saya pun tidak tahu mengapa rakaman itu tular kembali.”

“Sebenarnya video tersebut hanyalah gurauan berkaitan isu-isu semasa pada ketika itu yang juga sedang tular mengenai kontroversi penyondol.”

“Saya dengan Ruhainies pada ketika itu sudah berdamai, tiada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa saya nak menyindir hal tidak baik. Ketika itu dia pun tahu gurauan dan faham,” katanya kepada Kosmo! Online.

@mediahiburanofficial

#MHnews Janna Nick tampil mengulas mengenai video lamanya yang kembali tular di media sosial pada ketika isu kontroversi melibatkan rakan artis, Ruhainies sekarang. Selain tiada niat, Janna turut jelaskan hubungannya bersama Ruhainies ketika program Famili Duo 2023 adalah baik dan meminta untuk tidak mengaitkannya dengan isu berkaitan. #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Janna Nick juga menjelaskan bahawa dia seseorang yang percaya kepada kifarah, oleh itu dia enggan menjadikan ujian seseorang itu sebagai bahan jenaka.

Dia lebih bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam isu ini apatah lagi ia telah banyak melibatkan lebih banyak selebriti.

Images

“Mungkin benda tu kena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik. Jangan palitkan saya dengan isu-isu ini sebab saya turut simpati dengan semua pihak.

“Saya anggap ini ujian untuk mereka dan dugaan orang kita tak nak jadikan bahan jenaka sebab kita takut berbalik kepada kita.”

Sebelum ini, susulan terpalit dengan isu ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz, video lama Janna mengusik Ruhainies dengan memanggilnya ‘penyondol’ ketika mengacarakan sebuah program kembali tular.

Sumber : Kosmo! TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.