Media sosial masih lagi hangat dengan pelbagai spekulasi melibatkan bintang drama Queen of Tears, Kim Soo Hyun yang dikatakan menjalin hubungan dengan Kim Sae Ron ketika mendiang berusia 15 tahun.
Melihat pelbagai dakwaan yang berlegar ketika ini, agensi pengurusan Soo Hyun, Gold Medalist mengeluarkan kenyataan bagi menjawab persoalan berkaitan hubungan pelakon itu dengan mendiang Kim Sae Ron.
Artikel berkaitan: Kim Sae Ron Didakwa Hantar Mesej Merayu Pada Kim Soo Hyun, Luah Tak Mampu Bayar Hutang RM2.1 Juta
Artikel berkaitan: Dituduh Pernah Bercinta Dengan Kim Sae Ron Masa Usia Bawah Umur, Agensi Kim Soo Hyun Mahu Failkan Saman
Nafi Soo Hyun bercinta ketika mendiang Sae Ron bawah umur
Dalam kenyataan itu, pihak Gold Medalist menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa Kim Soo Hyun bercinta dengan Kim Sae Ron ketika mendiang berusia 15 tahun.
Pelakon itu dikatakan mula menjalinkan hubungan dengan Kim Sae Ron pada tahun 2019, iaitu selepas mendiang menginjak dewasa.
“Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron bercinta dari musim panas 2019 hingga musim luruh 2020 setelah Kim Sae Ron menginjak dewasa. Dakwaan yang menyatakan bahawa Kim Soo Hyun bercinta dengan Kim Sae Ron ketika dia masih di bawah umur adalah tidak benar.”
Agensi juga menafikan gambar yang didakwa bukti mereka sedang hangat bercinta ketika mendiang Kim Sae Ron berusia belasan tahun, sebaliknya ia merupakan gambar mereka pada musim sejuk 2020.
“Foto yang dimuat naik Kim Sae Ron di Instagram Story pada 24 Mac 2024 dan foto-foto lain yang didedahkan oleh Garo Sero Institute Research, kedua-duanya adalah gambar peribadi pasangan itu yang diambil pada hari sama ketika musim sejuk 2020.
“Pakaian yang dipakai oleh Kim Sae Ron pada masa itu adalah dari jenama yang dilancarkan pada 2019 jadi, dakwaan bahawa foto tersebut diambil pada 2016 ketika Kim Sae Ron berusia 15 tahun adalah palsu.”
Sementara itu, aktor terbabit didakwa menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan emosi yang serius dan agensi sedang mengambil langkah sewajarrnya untuk memastikan mentalnya dalam keadaan stabil.
Sumber: Allkpop